Isnin, 3 Mac 2014

SENI REKA - Liga Super Malaysia. Logo Insignia Pasukan Yang Minimalis

Liga Super Malaysia adalah satu liga bola sepak profesional yang disertai oleh persatuan persatuan bola sepak negeri dan juga beberapa kelab bola sepak tempatan termasuk Singapura. Setelah melalui beberapa era semenjak ia ditubuhkan, Liga Super Malaysia kini ditaja oleh Astro yang ternyata telah memberikan nafas baru kepada liga tempatan ini.

Seorang pereka grafik dari Kuala Lumpur yang bernama Abdul Shakir melihat logo logo pasukan yang menyertai liga tersebut boleh diberikan olahan baru supaya kelihatan lebih ringkas dan minimalis. Walaupun ianya sekadar konsep sahaja, namun rekaan ini mungkin boleh memberikan idea kepada anda tentang bagaimana sesuatu logo harus direka.

LIGA SUPER MINIMALIS






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|