Jumaat, 14 Mac 2014

SENI REKA - Fietsklik. Mekanisme Bakul Basikal Inovatif yang Menarik dan Mudah

Bakul ataupun raga basikal kadangkala dilihat sebagai satu aksesori tambahan yang agak ketinggalan jika dipakai pada basikal anda sekarang, terutamanya di negara kita yang mana tidak banyak aksesori bakul yang boleh dipilih. Fietsklik yang bermaksud "bike click" merupakan sebuah syarikat baru dari Belanda yang cuba mencari kelainan dalam reka bentuk aksesori basikal ini.

Untuk pengetahuan anda, Belanda merupakan salah satu negara yang mana bilangan pengguna basikal di bandar bandarnya adalah antara yang tertinggi di dunia. Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah medium pergerakan mereka banyak bergantung kepada basikal.



Bertitik tolak daripada masalah yang mereka hadapi sendiri ketika dalam perjalanan pulang selepas membeli barang yang banyak di pasar raya. Idea untuk mencipta suatu sistem bakul yang bukan sahaja mudah malah ringkas untuk digunakan ini tercetus. Maka terhasillah Fietsklik.


Diperbuat daripada bahan kitar semula plastik yang kuat, ringan dan tahan lasak, bakul Fietsklik ini mempunyai reroda dan hendal bagi mudah diseret ketika anda membeli belah di pasar raya. Apabila sudah selesai, anda boleh terus mengangkat bakul tersebut dan di "klik" kan terus pada bahagian belakang basikal anda. Turut mempunyai fungsi badan yang boleh dilipat sehingga setengah daripada saiz asalnya, bakul ini ketika tidak digunakan boleh disimpan tanpa memerlukan ruang yang besar.



Buat masa ini, Fietsklik masih lagi dalam fasa kempen pendanaan khalayak mereka di Kickstarter yang mana sudah pun mencapai 50% daripada sasaran mereka. Dijangkakan, bakul yang begitu inovatif ini akan mula menemui para pengguna tegar basikal pada bulan Julai 2014 dengan harga USD$99 / RM324 seunit (bagi set adapter dan raga).

Mereka juga kini mencari sokongan bagi membangunkan aksesori tambahan pada Fietsklik, apakah aksesori itu? Anda perlu saksikan video mereka di atas.

FIETSKLIK / KICKSTARTER






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|