Khamis, 20 Mac 2014

SENI REKA - Aros. Pendingin Hawa Pintar daripada Quirky dan GE

Hampir semua perkakasan yang ada pada masa kini sudah dinaik taraf supaya menjadi "pintar" dan boleh mempelajari kelakuan pengguna agar tenaga yang digunakan, walaupun sedikit dapat digunakan seomptimum mungkin. Antara perkakasan tersebut adalah, peti ais, TV LED, telefon pintar dan juga jam tangan pintar.

Baru baru ini, usahasama antara syarikat perkakasan elektrik, Quirky dan juga GE, telah berjaya menghasilkan sebuah pendingin hawa pintar yang boleh merubah pandangan anda terhadap perkakasan tersebut.

Pendingin hawa seringkali dikaitkan dengan kos bil elektrik yang tinggi pada setiap hujung bulan. Walaupun kini terdapat pendingin hawa yang dipasang dengan pembalik pintar, namun ia masih tidak memberikan potongan kos yang ketara terhadap bil elektrik yang anda perlu bayar setiap hujung bulan.



Mempuyai fungsi semacam Nest Protect (sebuah penggera asap pintar), Aros merupakan pendingin hawa yang sepenuhnya berfungsi berdasarkan keberadaan penghuni dalam sesuatu bilik itu. Seperti contoh, katakan anda baru sahaja keluar dari bilik tersebut, Aros akan dimatikan dengan sendirinya buat seketika.

Selain daripada itu, Aros juga boleh mempelajari pola pergerakan pengguna sehari hari. Contohnya, anda sering sampai ke rumah dari tempat kerja pada jam 7 petang, maka pada jam 6:30 petang, Aros akan dihidupkan dengan sendirinya supaya ia dapat menyejukkan bilik anda terlebih dahulu.

Apa yang menarik, Aros didatangkan sekali dengan Wink - iaitu sebuah aplikasi telefon pintar yang direka supaya menjadi alat kawalan jauh kepada Aros. Suhu kini boleh dikawal terus daripada telefon pintar anda tanpa perlu sebarang alat kawalan tambahan. Selain daripada itu, dengan aplikasi Wink ini, anda boleh memantau sejauh mana penggunaan elektrik agar ia menepati sasaran belanjawan anda pada bulan terbabit.

Dijual dengan harga USD$300 / RM985 seunit, Aros dilihat agak mahal jika dibandingkan dengan jenama pesaing (saiz yang sama) yang lain. Namun begitu, jika anda seseorang yang memerlukan pendingin hawa yang bersaiz mini, dan boleh dipasang terus pada tingkap anda, mungkin Aros adalah jawapan yang paling tepat.

AROS





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|