Rabu, 19 Mac 2014

SENI REKA - Android Wear diluncurkan! Projek Baharu daripada Google

Hari ini Google telah mengumumkan peluncuran apa yang digelar mereka sebagai Android Wear. Sebuah sistem operasi khusus berasaskan Android yang dikhususkan bagi peranti boleh pakai (wearable devices).



Dikhabarkan mereka kini sedang bekerjasama dengan beberapa nama besar seperti Asus, HTC, LG, Motorola dan Samsung, Android Wear tambah mereka lagi, sudah pun berada dalam fasa perisian matang.

Apa yang menarik, Google juga mengumumkan bahawa, jenama terkemuka dalam peragaan jam tangan iaitu Fossil akan turut meluncurkan jam pertama janaan Android Wear pertama mereka dalam fasa kedua tahun ini (2014).



Untuk pengetahuan anda, buat masa ini, Android Wear hanya terdapat dalam versi pembangun sahaja. Dijangkakan, dengan pengumuman ini, pasaran peranti boleh pakai akan menjadi lebih menarik pada tahun ini dan awal 2015 kelak.

ANDROID WEAR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|