Ahad, 9 Mac 2014

SENI REKA - Aether Cone. Pembesar Suara Dengan Kawalan Putaran dan Suara

Trend masa kini menyaksikan pembesar suara semakin pintar untuk memainkan lagu apa yang disukai oleh pengguna. Selain daripada itu, kemampuannya untuk dikawal menggunakan cara yang tidak konvensional juga menjadikannya lebih menarik.

Sekali lihat, ia kelihatan seperti kon keselamatan yang selalu digunakan di atas jalan raya. Tetapi jika diamati dengan betul betul, anda pasti mengkagumi pembesar suara ini. Digelar sebagai Cone, pembesar suara ini merupakan produk sulung daripada syarikat baru iaitu Aether Things yang diasaskan di San Francisco.



Dicipta khusus untuk memanfaatkan persekitaran produk Apple, Cone mampu berhubung dengan peranti iOS dan Mac sedia ada seperti, iPhone, iPad mahupun Macbook. Menurut mereka, hasil padanan ini membolehkan Cone untuk belajar  dan merangka jenis muzik apa yang gemar didengar oleh pengguna berdasarkan jenis jenis muzik yang dimainkan setiap hari.

Bagi mendapatkan rekaan minimalis, Cone langsung tidak mempunyai sebarang butang mahupun paparan LCD. Oleh hal yang demikian, fungsi fungsi utama pembesar suara yang sebelum ini biasa anda dapati hanya mampu dikawal dengan butang telah digantikan dengan kawalan suara dan juga putaran.



Sebagai contoh, jika anda memutarkan dail di bahagian depan Cone, ia akan memainkan muzik sama ada daripada radio internet, fail media digital (podcast) dan juga peranti mudah alih anda. Jika anda menyukai muzik yang sedang dimainkan, anda tidak perlu melakukan apa apa. Tetapi jika anda sudah berasa bosan, dengan hanya memutarkan dail di bahagian depan Cone sekali lagi, ia akan secara automatik akan mencari muzik lain yang mungkin anda gemari.

Ataupun, jika anda terfikirkan sesuatu dan ingin mendengar muzik yang berkaitan dengannya, anda hanya perlu memberitahu Cone dengan suara anda sahaja.

Tambah pihak pembanggunnya lagi, disebabkan peranti pintar ini menggunakan pendekatan perisian mesin yang mampu belajar sendiri berdasarkan muzik kegemaran pengguna maka, tidak semua servis muzik internet sedia ada yang disokong. Namun begitu, menurut mereka, usaha pembangunan perisian masih diteruskan lagi sehingga kini.


Dengan hanya seberat 1.3 kilogram, Cone mempunyai saiz 16 sentimeter panjang, 16 sentimeter tinggi dan 16 sentimete lebar. Walaupun saiznya agak kecil, muzik boleh terus dimainkan tanpa henti selama 8 jam. Jika anda berminat untuk menjadi yang terawal memilikinya, Cone boleh ditempah dengan harga USD$399 / RM1300 seunit, dan ia akan mula dipasarkan secara atas talian bermula musim panas tahun ini.

Menarik bukan?

AETHER CONE





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|