Rabu, 5 Mac 2014

SENI REKA - 8 Peranti Boleh Pakai Terbaik MWC2014

MWC (Mobile World Congress) 2014 baru sahaja melabuhkan tirainya baru baru ini. Bagi yang sentiasa mengikuti perkembangan teknologi semasa, pastinya produk peranti boleh pakai terbaru daripada pemain pemain lama dinantikan oleh semua orang.

Ternyata penantian itu tidak sia sia apabila, beberapa nama besar dalam industri ini telah pun memperkenalkan peranti boleh pakai mereka sendiri yang mana ada diantaranya boleh dikatakan mempunyai fungsi dan ciri yang terbaik dalam kelas masing masing.

Selain daripada itu, dengan banyaknya pemain baru dalam sektor teknologi ini, antara perubahan paling ketara yang dapat dilihat adalah harga jualan bagi setiap satu produk tersebut sudah pun mencecah bawah RM400, dan ini adalah sesuatu yang baik bagi pengguna.

Pada artikel kali ini, Rekareka ingin berkongsi, 10 jenis peranti boleh pakai terbaik pada MWC2014 yang lepas. Yang mana satu rasa rasa anda akan sampai ke Malaysia dahulu?

SAMSUNG GEAR FIT



Dengan pengenalan ahli baru dalam siri Samsung Gear, Fit menampilkan rekaan yang lebih kecil daripada Gear 2 dimana kelebarannya dikurangkan supaya kelihatan lebih sesuai untuk dipakai semasa bersukan. Selain daripada itu, penggunaan paparan Super AMOLED besaiz 1.84 inci pula membolehkan Fit sentiasa terang untuk dilihat walaupun dalam keadaan cahaya matahari yang terang.

SAMSUNG GEAR 2



Tidak lagi menggunakan Android sebagai sistem operasi utamanya, Samsung Gear 2 menampilkan sistem operasi baru yang dibangunkan oleh Samsung sendiri iaitu Tizen OS. Berbanding dengan siri keluarannya sebelum ini, Gear 2 turut menggunapakai kerangka baru yang mana pengguna boleh menggantikan sendiri strap tangan sedia ada dengan strap tangan pilihan masing masing yang hadir dengan beberapa pilihan warna.

Selain daripada itu, dengan perubahan kedudukan kamera terbina dalamnya, resolusi kamera tersebut juga telah ditambah baik kepada 2 megapiksel daripada 1.9 megapiksel sebelum ini.

LG LIFEBAND TOUCH



Pertama kali dipertontonkan kepada umum pada CES2014 yang lepas, kini LG Lifeband sekali lagi diperlihatkan. Dengan fungsi yang boleh dikatakann sebagai antara yang terbaik dalam kelasnya, butiran ciri LG Lifeband adalah seperti berikut; skrin sesentuh pusingan gelung OLED, penyelarasan dengan peranti kecergasan LG yang lain, akselerometer 3 paksi, kawalan muzik dan juga pempadanan dengan telefon pintar yang lain.

HUAWEI TALKBAND B1

Bukan sahaja hanya menjadi peranti penjejak kecergasan dan kesihatan, talkband B1 juga boleh dijadikan sebagai set telinga Bluetooth anda apabila badan utama B1 ini boleh dicabut pasang daripada kerangka asalnya. Suatu konsep yang berbeza jika dibandingkan dengan pesaing pesaing yang lain.

SONY SMARTBAND SWR10



Dicipta supaya kalis air, SWR10 ini merupakan peranti boleh pakai bersaiz kecil yang mampu merekodkan aktiviti seharian anda. Sama ada ketika masa anda tidur, bersukan malah bersembang bersama rakan anda, SWR10 akan mencatat segala aktiviti dan memberikan rumusannya kepada anda pada setiap penghujung hari.

SWR10 juga apabila dipadankan dengan aplikasi khusus Androidnya, ia dapat memberikan saranan aktiviti apa yang anda boleh lakukan pada hari tersebut berdasarkan kaji cuaca dan progress aktiviti anda pada hari sebelumnya.

MIO LINK



Merupakan pendatang baru dalam industri ini, Mio Link merupakan peranti boleh pakai yang dicipta khusus bagi kegunaan kecergasan sahaja. Disebabkan hal yang demikian maka rupabentuk Mio Link tidaklah begitu rumit apabila hanya mempunyai dua butang operasi sahaja.

Fungsi fungsi biasa seperti pembilang degupan jantung, paparan masa ketika bersenam, jam randik dan juga pempadanan dengan telefon pintar berkeupayaan Bluetooth adalah antara fungsi yang hadir sekali dengann peranti sulung mereka ini.

BIONYM NYMI



Diluncurkan dengan konsep SDK terbuka, maka Bionym Nymi merupakan peranti boleh pakai yang mempunyai pelbagai kemungkinan yang mampu diolah berdasarkan fungsi fungsi asas yang terbina padanya. Dengan menjadikan degupan jantung sebagai isyarat unik yang berbeza bagi setiap pengguna, Bionym Nymi mampu diaturkan untuk menjadi perantara personal alat kawalan jauh peranti pintar anda.

SONY SMARTWATCH SW2



Menjadi antara pemain terawal dalam sektor teknologi ini, Sony Smartwatch SW2 nampaknya mengalami perubahan rekabentuk yang ketara sekali. Disebut sebut sebagai peneman terbaik telefon pintar janaan Android, Smartwatch SW2 mampu menjadi peranti cerminan notifikasi kepada telefon anda.

Dengan siri yang baru ini, sokongan NFC juga telah pun dimasukkan, dan ianya boleh dipadan dengan sebarang peranti Android 4.0 ke atas yang mempunyai fungsi yang sama.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|