Selasa, 18 Mac 2014

SENI REKA - 37 Contoh Rekaan Produk yang Moden dan Menarik

Dalam kekerapan minimum sekali sebulan, pasti kita akan mengunjungi pasar raya untuk membeli barang keperluan harian seperti sabun, garam, gula, sos dan juga beras. Namun begitu, dalam banyaknya produk yang kita gemar itu, adakalanya rekaan pembalut yang diguna pakai sudah pun lapuk dan tidak sesuai digunakan lagi (walaupun kadangkala ada sebab sebab rasional ia dikekalkan).

Tidak kurangnya juga, produk produk keluaran IKS (industri kecil dan sederhana) tempatan yang mana, isi kandungannya amat bagus dan berkualiti, tetapi dari segi rekaan strategi pemasaran mereka, atau secara tepatnya, rekaan produk yang diterapkan amatlah tidak berdaya saing. Nampak seolah olah direka menggunakan WordArt yang ada dalam Microsoft Powerpoint.

Hari ini, Rekareka ingin kongsikan, beberapa inspirasi rekaan produk yang moden dan menarik. Walaupun ianya sekadar produk harian yang kita selalu beli, tetapi cuba lihat bagaimana penggunaan imej dan grafik yang tepat mampu menaikkan standard sesuatu produk itu.






































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|