Sabtu, 29 Mac 2014

REKA SEMULA - Parson Animals. CCTV Bermotif Haiwan yang Comel

Kamera CCTV selalunya berbentuk agak sama walaupun berlainan jenama. Jika dahulu, CCTV kelihatan lebih sofistikated dan agak konvensional, kini ia lebih berbentuk sedikit kurang menonjol dan kecil, tambahan pula teknologi masa kini yang semakin pesat dalam teknologi pemprosesan imej.

Disebabkan peratusan jenayah meningkat di sesetengah tempat, maka kadangkala kamera CCTV amat diperlukan di kawasan tersebut, seperti taman permainan, muzium, perpustakaan mahupun masjid. Namun begitu, keberadaan kamera CCTV juga selalunya mencetuskan perasaan tidak selamat kepada pengunjung premis premis tadi.

Oleh hal yang demikian, sebuah firma rekaan daripada Itali iaitu Parson, telah hadir dengan rekaan kamera CCTV yang lebih mesra pengguna, di mana mereka telah menggunakan motif haiwan bagi mencipta satu pengalaman baru kepada orang yang melihat kamera CCTV terbabit.

Dengan mengambil kira saiz asal kamera CCTV, pihak pereka di Parson telah mereka bentuk sejenis bekas aluminum modular bagi meletakkan kamera tersebut di samping membolehkan ia diubah ubah rekaannya kepada motif haiwan yang lain.

Mungkin konsep kamera CCTV daripada Parson ini tidaklah berapa sesuai jika ia digunakan di bank ataupun di stesyen pam minyak, tetapi dengan rekaan sebegini rupa, ia mampu membuatkan persepsi persekitaran premis yang kita sebutkan tadi berubah.

Dalam siri Parson Animals ini, motif haiwan yang digunakan adalah, Sesumpah, Burung Camar, Burung Hantu, Tupai, Belalang dan juga Burung Kakak Tua.

Menarik bukan?

PARSON ANIMALS






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|