Jumaat, 7 Mac 2014

REKA SEMULA - Antaramuka Suapan Berita Baru Facebook Diluncurkan.

Jika anda baru membuka komputer anda pada hari ini, lalu terus pergi ke akaun Facebook anda, pasti anda akan terkejut melihat pembaharuan yang dilakukan oleh Facebook pada antaramuka suapan beritanya. Kelihatan seolah olah lebih bersifat modular, menurut Mark Zuckerberg antaramuka suapan berita yang baru ini bertujuan untuk mencipta pengalaman membaca "surat khabar" yang digubah oleh anda sendiri.

Gambar: Bitrebels
Tambah Mark lagi, kebanyakkan pengguna menggunakan Facebook untuk membaca suapan berita yang lebih bersifat visual dan bergambar, namun dalam masa yang sama masih ingin mengekalkan suapan berita sosial dari kawan masing masing. Maka oleh sebab itu mereka membuat keputusan untuk mengetengahkan pilihan rekaan antaramuka yang baru ini.

Gambar: NYTimes /  Facebook Shows Off New Home Page Design, Including Bigger Pictures




Jika anda perhatikan betul betul terdapat persamaan pada antaramuka yang baru ini dengan antaramuka Timeline yang diluncurkan tidak beberapa lama yang dahulu. Suapan gambar dan visual kelihatan lebih besar, manakala mana mana artikel yang dikongsikan pula, rumusannya lebih menyeluruh.


Selain daripada itu, dengan perluncuran antaramuka suapan berita yang baru ini. Facebook juga telah menambahbaik fungsi "Like" mereka dimana ia sekarang lebih bersifat personal dan rentas profil. Sebagai contoh jika anda meng-"Like" sesuatu page tertentu, suapan suapan berita yang berkaitan dengan "Like" anda itu akan muncul di sebelah kanan skrin.



Apabila dilihat secara terperinci, terdapat persamaan antaramuka yang baru, dengan antaramuka aplikasi Facebook iaitu Paper (anda boleh membaca perihal Paper disini), jadi bolehlah dikatakan, pembaharuan ini masih belum selesai sepenuhnya.

Dalam masa yang sama, difahamkan, antaramuka yang baru bagi aplikasi mudah alih Facebook juga akan mengalami beberapa perubahan dalam masa beberapa minggu kelak. Kesimpulannya, bagi Rekareka, ini adalah satu lagi langkah daripada Facebook untuk terus kekal relevan sebagai satu laman sosial terbaik dunia (terutamanya Google + dilihat semakin popular saban hari).

Rujukan: The Verge / The Week / Mashable

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|