Sabtu, 22 Mac 2014

PERISIAN - Layar + Google Glass. Nafas Baru bagi Perisian Perluasan Benar.

"Augmented Reality" atau Perluasan Benar merupakan satu konsep idea yang telah wujud sejak tahun 80an lagi. Jika anda pernah menonton filem Terminator, Robocop mahupun anime Dragon Ball Z, pasti anda akan perasan akan konsep ini yang pada masa itu, hanyalah sekadar teknologi sains fiksyen sahaja.



Apabila penglihatan biasa ditambah dengan Perluasan Benar melalui apa apa medium (telefon pintar atau kaca mata), anda akan mendapati kemampuan maklumat yang boleh dibaca dan ditafsir akan betambah berkali ganda.

Pada lewat tahun 2007, berita tentang sistem operasi telefon pintar Android sudah mula digembar gemburkan bahawa ia akan menjadi sistem utama telefon pintar pada masa depan. Pada waktu itu, sejurus beberapa ketika selepas HTC Hero G2 diluncurkan, aplikasi Layar juga turut diluncurkan kepada ramai melalui Google Play (dahulu dikenali sebagai Android Market).

Baru baru ini, selepas hampir sekian lama mendiamkan diri, Layar hadir semula dengan sokongan terhadap Google Glass. Dengan hanya menyebut "OK Glass, Scan This", pengguna dapat mengakses lebih daripada 200,000 maklumat bergambar interaktif serta 6,000 maklumat lokasi geografi yang boleh disepadankan dengan majalah, iklan, surat khabar dan juga poster yang anda lihat.

Untuk pengetahuan anda, "Geo Layer" ataupun maklumat lokasi geografi merupakan satu fungsi lapisan virtual tambahan pada penglihatan anda. Lapisan ini membolehkan anda dapat melihat maklumat berkaitan yang disenaraikan pada lokasi lokasi tertentu. Antara contohnya adalah, maklumat rumah sewa, bangunan yang ingin dijual, lokasi kedai buku terdekat dan bermacam macam lagi.

Apa yang menarik, semua pengguna yang memuat turun Layar, dapat menambah, mengemaskini dan berkongsi maklumat berkaitan lokasi tertentu, mengikut keperluan mereka sendiri.

Bagi anda yang mahu mencuba aplikasi Layar, ia boleh didapati dalam versi Android dan juga iOS secara percuma.

Teknologi sains fiksyen yang kita tonton dahulu, kini sudah pun menjadi realiti. Menarik bukan?

LAYAR





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|