Khamis, 6 Mac 2014

PERISIAN - Kemaskini GMail untuk iOS Yang Baru. Lebih Pantas dan Cepat

Maklum bagi semua pengguna GMail di iOS sebelum ini bahawa aplikasi rasmi daripada Google itu agak perlahan apabila ia digunakan untuk membaca emel emel yang masuk ke peranti iOS mereka. Namun begitu, berita baik bagi semua, masalah itu nampaknya telah pun berjaya diselesaikan dengan kemas kini terbaru yang diluncurkan Google semalam.


Aplikasi tersebut kini telah pun dikemas kini supaya menyokong suapan emel yang berterusan walaupun ianya tidak dibuka secara berdepan oleh pengguna. Ini memberi maksud, walaupun anda tidak membuka aplikasi tersebut pada satu satu masa, namun apabila notifikasi menyatakan bahawa ada emel baru yang masuk, anda masih dapat membacanya sejam kemudian tanpa perlu menunggu aplikasi itu dimuatkan.



Selain daripada itu, Google juga telah mewujudkan rangkaian di antara aplikasi aplikasi mereka yang dikeluarkan untuk persekitaran iOS di mana dengan hanya sekali log masuk, akaun anda akan diselaraskan secara automatik dengan aplikasi yang lain; Maps, Drive, Youtube dan juga Chrome.

Kemas kinilah sekarang!

GMail Untuk iOS

Rujukan: Blog Google iOS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|