Khamis, 13 Mac 2014

INFOGRAFIK - Apakah Itu Kotak Hitam Pesawat?

Maklum bagi kita semua, pada minggu lepas, negara kita telah dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan. Pesawat Boeing 777 milik Syarikat Penerbangan Malaysia MAS telah pun hilang dari radar selepas beberapa minit berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Sehingga waktu artikel ini ditulis, keberadaan pesawat malang tersebut masih lagi menjadi persoalan kepada semua yang sedang menunggu.

Kecelakaan ataupun nahas yang melibatkan pesawat merupakan satu kemalangan yang berlaku semasa penerbangan berjalan. Disebabkan kemalangan pesawat selalunya melibatkan kemusnahan yang kadangkala menghapuskan maklumat maklumat penting dalam pesawat. Maka sejenis peranti telah pun dicipta bagi membantu penyiasatan tersebut.

Mula dicipta pada tahun 1939, Perakam Data Penerbangan atau lebih dikenali sebagai Kotak Hitam ini sudah pun mengalami pelbagai proses penambahbaikan dari segi pembuatan dan teknologinya saban tahun. Sehingga kini, Kotak Hitam amat penting bagi industri penerbangan awam. Terutamanya bagi tujuan keselamatan dan penyiasatan jika berlakunya nahas kemalangan udara.

Selain daripada itu, Kotak Hitam juga membantu para jurutera supaya dapat mencari penyelesaian terhadap masalah masalah penting yang dikenal pasti melalui data yang dikumpul semasa penerbangan. Masalah serta risiko yang dapat diselesaikan ini, menyumbang kepada teknologi pembinaan pesawat yang lebih selamat pada masa hadapan.

Dalam slot kali ini, Rekareka ingin berkongsi sedikit maklumat berkenaan Kotak Hitam. Semoga ia dapat memberikan kita kefahaman tambahan tentang ciri ciri keselamatan penting yang terdapat dalam pesawat.

Rekareka mendoakan, supaya Penerbangan MAS MH370 segera ditemui dan dapat diselesaikan dengan kadar segera. Insya Allah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|