Isnin, 31 Mac 2014

SENI REKA - 18 Gambar Menarik Pengawal Permainan yang Telah Dipisahkan

Sejak permainan video diperkenalkan secara meluas pada pertengahan 80-an, rekaannya sentiasa berubah ubah mengikut peredaran zaman serta trend rekaan industri semasa. Menyedari hal tersebut, seorang jurugambar daripada Kanada (Brandon Allen) telah hadir dengan konsep fotografi yang menarik apabila, pengawal pengawal permainan tadi, dipisahkan komponennya lalu disusun secara teratur sebelum gambar diambil menjadi satu siri fotografi yang menarik.

Diberi tajuk "Deconstructed", siri fotografi ini merangkumi 18 jenis pengawal permainan berlainan jenis seperti Nintendo Wii, Playstation One dan juga Sega Dreamcast

DECONSTRUCTED



















Sabtu, 29 Mac 2014

REKA SEMULA - Parson Animals. CCTV Bermotif Haiwan yang Comel

Kamera CCTV selalunya berbentuk agak sama walaupun berlainan jenama. Jika dahulu, CCTV kelihatan lebih sofistikated dan agak konvensional, kini ia lebih berbentuk sedikit kurang menonjol dan kecil, tambahan pula teknologi masa kini yang semakin pesat dalam teknologi pemprosesan imej.

Disebabkan peratusan jenayah meningkat di sesetengah tempat, maka kadangkala kamera CCTV amat diperlukan di kawasan tersebut, seperti taman permainan, muzium, perpustakaan mahupun masjid. Namun begitu, keberadaan kamera CCTV juga selalunya mencetuskan perasaan tidak selamat kepada pengunjung premis premis tadi.

Oleh hal yang demikian, sebuah firma rekaan daripada Itali iaitu Parson, telah hadir dengan rekaan kamera CCTV yang lebih mesra pengguna, di mana mereka telah menggunakan motif haiwan bagi mencipta satu pengalaman baru kepada orang yang melihat kamera CCTV terbabit.

Dengan mengambil kira saiz asal kamera CCTV, pihak pereka di Parson telah mereka bentuk sejenis bekas aluminum modular bagi meletakkan kamera tersebut di samping membolehkan ia diubah ubah rekaannya kepada motif haiwan yang lain.

Mungkin konsep kamera CCTV daripada Parson ini tidaklah berapa sesuai jika ia digunakan di bank ataupun di stesyen pam minyak, tetapi dengan rekaan sebegini rupa, ia mampu membuatkan persepsi persekitaran premis yang kita sebutkan tadi berubah.

Dalam siri Parson Animals ini, motif haiwan yang digunakan adalah, Sesumpah, Burung Camar, Burung Hantu, Tupai, Belalang dan juga Burung Kakak Tua.

Menarik bukan?

PARSON ANIMALS






Khamis, 27 Mac 2014

SENI REKA - Z-2. NASA Anjurkan Undian Prototaip Sut Angkasa Baharu Mereka

Selepas rekaan sut angkasa Z - 1 menerima reaksi positif daripada orang awam, NASA kini sudah berada dalam rangka akhir mereka bagi menghasilkan platform sut yang benar benar boleh dipakai ketika misi penerbangan angkasa. Dengan gelaran Z - 2, dijangka sut baru ini bakal mempunyai beberapa ciri termaju yang pernah dibangunkan bagi sut angkasa.

Antara ciri tersebut adalah;

1) Penggunaan pengimbas 3D bagi memetakan saiz badan angkasawan serta penggunaan pencetak 3D bagi mencetak sut tersebut bagi tujuan pembangunan material.

2) Penggunaan struktur bahan komposit bagi komponen sut di bahagian dada dan perut angkasawan.

3) Pengaplikasian penuh "Suit Port" (sistem pemakaian sut angkasa segera NASA).

Hasil usahasama di antara Philadelphia University dan juga ILC, sut ini direka dengan ketahanan yang tinggi terhadap sebarang geseran dan koyakan akibat benda tajam. Selain daripada itu, Z - 2 juga direka khas dengan lapisan elemen rekaan yang tidak pernah diketengahkan sebelum ini.

Apa yang menarik, suatu undian atas talian juga telah dimulakan oleh NASA bagi membolehkan orang ramai memberikan pandangan mereka. Bagi anda yang ingin menyertai undian tersebut, ia kini telah pun dibuka dan akan berlangsung sehingga 15 April tahun ini.

NASA Z - 2

Pilihan A: Biomimicry

Pilihan B: Technology

Pilihan C: Trends in Society

Rabu, 26 Mac 2014

INFOGRAFIK - Bluefin 21 dan TPL 25. Penjejak Kotak Hitam untuk Pencarian MH370

Beberapa pentunjuk yang diperoleh daripada cerapan satelit China, Australia dan Perancis telah menjurus kepada pengumuman rasmi lokasi terakhir pesawat MH370 oleh Perdana Menteri Malaysia tempoh hari.

Disebabkan kebarangkalian pesawat tersebut akan ditemui di perairan selatan Lautan Hindi adalah tinggi, maka sebuah penjejak kotak hitam canggih beserta satu pengesan objek dalam lautan telah dipinjamkan Amerika Syarikat untuk tujuan ini. Menurut laporan berita pada hari ini, pada masa artikel ini ditulis, kedua dua alat tersebut sudah pun dalam perjalanan menuju ke Perth, Australia.

Pada slot infografik kali ini, Rekareka ingin berkongsi berkenaan perincian alatan tersebut yang mana ia dilihat amat penting bagi misi pencarian MH370.

Di kesempatan ini, kami di Rekareka ingin mengucapkan rasa takziah dan simpati kami terhadap kejadian ini. Doa dan ingatan kami sentiasa bersama keluarga krew dan penumpang MH370. Al Fatihah.


Isnin, 24 Mac 2014

SENI BINA - Casa Alta. Rumah Futuristik di Lereng Bukit

Direka oleh firma seni bina AS/D dari Mexico, Casa Alta merupakan sebuah rumah persinggahan hujung minggu yang dibina di lereng bukit yang penuh dengan pokok pokok rimbun disekelilingnya. Bagi meminimakan serta memelihara pemandangan semula jadi di kawasan sekitar, Casa Alta memang sengaja dibina jauh sedikit ke dalam kawasan tersebut.

Disebabkan ia terletak di kawasan yang tinggi, pemandangan yang dapat dilihat dari ruang dalamannya amat luas dan merentasi kawasan lembah yang terletak bersetentangan dengannya. Sekali lihat, rumah persinggahan hujung minggu ini kelihatan seperti satu tingkat sahaja, namun sebenarnya ia terdiri daripada 3 tingkat yang berbeza dengan ukuran 6 meter kali 6 meter setiap satu.

Menarik bukan?

Gambar: Rafael Gamo / AS/D

Gambar: Rafael Gamo / AS/D

Gambar: Rafael Gamo / AS/D

Gambar: Rafael Gamo / AS/D

Gambar: Rafael Gamo / AS/D

Gambar: Rafael Gamo / AS/D

Gambar: Rafael Gamo / AS/D

Ahad, 23 Mac 2014

REKA SEMULA - Konsep Rekaan Antaramuka Android Wear yang Menakjubkan

Selepas Android Wear diumumkan beberapa hari lepas. Ia secara tidak langsung telah menetapkan satu lagi tanda aras baharu bagi teknologi dan trend peranti pintar boleh pakai dunia, lalu jauh meninggalkan Pebble dan beberapa lagi jenama yang lain yang ada dalam pasaran.

Dengan mengetengahkan konsep yang berbeza daripada peranti peranti lain sebelum ini, Android Wear dilihat sebagai jawapan penamat bagi mereka yang mahukan gajet yang boleh berfungsi lebih daripada sekadar jam dan penjejak kecergasan.

Pada artikel kali ini, Rekareka ingin berkongsi beberapa konsep rekaan antaramuka Android Wear yang dicipta oleh komuniti pereka grafik Dribble, mengikut kreativiti mereka yang menarik. Walaupun ada diantaranya kelihatan agak tidak realistik, tetapi sekurang kurangnya, inilah yang kita semua mahukan, betul tak?

Direka oleh Ramotion

Direka oleh Kreativa Studio

Direka oleh Unity

Direka oleh Steffen Norgaad Andersen

Direka oleh Beard Chicken

Direka oleh Webshocker

Direka oleh Dann Petty

Sabtu, 22 Mac 2014

PERISIAN - Layar + Google Glass. Nafas Baru bagi Perisian Perluasan Benar.

"Augmented Reality" atau Perluasan Benar merupakan satu konsep idea yang telah wujud sejak tahun 80an lagi. Jika anda pernah menonton filem Terminator, Robocop mahupun anime Dragon Ball Z, pasti anda akan perasan akan konsep ini yang pada masa itu, hanyalah sekadar teknologi sains fiksyen sahaja.



Apabila penglihatan biasa ditambah dengan Perluasan Benar melalui apa apa medium (telefon pintar atau kaca mata), anda akan mendapati kemampuan maklumat yang boleh dibaca dan ditafsir akan betambah berkali ganda.

Pada lewat tahun 2007, berita tentang sistem operasi telefon pintar Android sudah mula digembar gemburkan bahawa ia akan menjadi sistem utama telefon pintar pada masa depan. Pada waktu itu, sejurus beberapa ketika selepas HTC Hero G2 diluncurkan, aplikasi Layar juga turut diluncurkan kepada ramai melalui Google Play (dahulu dikenali sebagai Android Market).

Baru baru ini, selepas hampir sekian lama mendiamkan diri, Layar hadir semula dengan sokongan terhadap Google Glass. Dengan hanya menyebut "OK Glass, Scan This", pengguna dapat mengakses lebih daripada 200,000 maklumat bergambar interaktif serta 6,000 maklumat lokasi geografi yang boleh disepadankan dengan majalah, iklan, surat khabar dan juga poster yang anda lihat.

Untuk pengetahuan anda, "Geo Layer" ataupun maklumat lokasi geografi merupakan satu fungsi lapisan virtual tambahan pada penglihatan anda. Lapisan ini membolehkan anda dapat melihat maklumat berkaitan yang disenaraikan pada lokasi lokasi tertentu. Antara contohnya adalah, maklumat rumah sewa, bangunan yang ingin dijual, lokasi kedai buku terdekat dan bermacam macam lagi.

Apa yang menarik, semua pengguna yang memuat turun Layar, dapat menambah, mengemaskini dan berkongsi maklumat berkaitan lokasi tertentu, mengikut keperluan mereka sendiri.

Bagi anda yang mahu mencuba aplikasi Layar, ia boleh didapati dalam versi Android dan juga iOS secara percuma.

Teknologi sains fiksyen yang kita tonton dahulu, kini sudah pun menjadi realiti. Menarik bukan?

LAYAR





Khamis, 20 Mac 2014

SENI REKA - Aros. Pendingin Hawa Pintar daripada Quirky dan GE

Hampir semua perkakasan yang ada pada masa kini sudah dinaik taraf supaya menjadi "pintar" dan boleh mempelajari kelakuan pengguna agar tenaga yang digunakan, walaupun sedikit dapat digunakan seomptimum mungkin. Antara perkakasan tersebut adalah, peti ais, TV LED, telefon pintar dan juga jam tangan pintar.

Baru baru ini, usahasama antara syarikat perkakasan elektrik, Quirky dan juga GE, telah berjaya menghasilkan sebuah pendingin hawa pintar yang boleh merubah pandangan anda terhadap perkakasan tersebut.

Pendingin hawa seringkali dikaitkan dengan kos bil elektrik yang tinggi pada setiap hujung bulan. Walaupun kini terdapat pendingin hawa yang dipasang dengan pembalik pintar, namun ia masih tidak memberikan potongan kos yang ketara terhadap bil elektrik yang anda perlu bayar setiap hujung bulan.



Mempuyai fungsi semacam Nest Protect (sebuah penggera asap pintar), Aros merupakan pendingin hawa yang sepenuhnya berfungsi berdasarkan keberadaan penghuni dalam sesuatu bilik itu. Seperti contoh, katakan anda baru sahaja keluar dari bilik tersebut, Aros akan dimatikan dengan sendirinya buat seketika.

Selain daripada itu, Aros juga boleh mempelajari pola pergerakan pengguna sehari hari. Contohnya, anda sering sampai ke rumah dari tempat kerja pada jam 7 petang, maka pada jam 6:30 petang, Aros akan dihidupkan dengan sendirinya supaya ia dapat menyejukkan bilik anda terlebih dahulu.

Apa yang menarik, Aros didatangkan sekali dengan Wink - iaitu sebuah aplikasi telefon pintar yang direka supaya menjadi alat kawalan jauh kepada Aros. Suhu kini boleh dikawal terus daripada telefon pintar anda tanpa perlu sebarang alat kawalan tambahan. Selain daripada itu, dengan aplikasi Wink ini, anda boleh memantau sejauh mana penggunaan elektrik agar ia menepati sasaran belanjawan anda pada bulan terbabit.

Dijual dengan harga USD$300 / RM985 seunit, Aros dilihat agak mahal jika dibandingkan dengan jenama pesaing (saiz yang sama) yang lain. Namun begitu, jika anda seseorang yang memerlukan pendingin hawa yang bersaiz mini, dan boleh dipasang terus pada tingkap anda, mungkin Aros adalah jawapan yang paling tepat.

AROS





Rabu, 19 Mac 2014

SENI REKA - Moto 360 dan juga LG G. Dua Peranti Boleh Pakai Janaan Android Wear Baharu!


Sejurus beberapa ketika Android Wear diumumkan. Nama nama besar yang Rekareka sebutkan sebentar tadi, yang dikhabarkan turut bekerjasama dengan Google dalam projek pembangunan Android Wear, telah pun mengumumkan peranti baharu masing masing.

Moto 360



Merupakan antara rakan kongsi terawal dalam Projek Android Wear sebelum ianya dibeli oleh Lenovo. Moto 360 adalah jam tangan pintar yang mempunyai bentuk muka bulat khusus bagi pasaran pengguna yang mahukan gaya fesyen yang elegan dan klasik. Oleh hal yang demikian, bahan buatan Moto 360 ini adalah lebih mahal dan bersifat premium.

Namun begitu, daripada segi fungsi dalamannya, ia masih lagi mengekalkan ciri ciri utama yang terdapat pada Android Wear.

LG G



LG bukanlah satu nama yang asing terutamanya apabila sudah dua siri telefon pintar Nexus dikeluarkan oleh mereka dibawah seliaan Google sendiri. Mengguna pakai Android Wear sebagai asas jam tangan ini. LG G Watch merupakan satu lagi produk perintis bagi sistem operasi baru ini.

Buat masa ini, spesifikasi LG G masih lagi belum diwartakan kepada umum, namun dijangkakan, fungsi fungsi asas yang ada pada Android Wear akan disertakan sekali dalam jam tangan ini seperti "OK Google".

*bagi anda yang baru sahaja mengikuti artikel ini, Rekareka sudah pun menulis perihal Android Wear pada artikel sebelumnya. Anda boleh baca di SINI.


SENI REKA - Android Wear diluncurkan! Projek Baharu daripada Google

Hari ini Google telah mengumumkan peluncuran apa yang digelar mereka sebagai Android Wear. Sebuah sistem operasi khusus berasaskan Android yang dikhususkan bagi peranti boleh pakai (wearable devices).



Dikhabarkan mereka kini sedang bekerjasama dengan beberapa nama besar seperti Asus, HTC, LG, Motorola dan Samsung, Android Wear tambah mereka lagi, sudah pun berada dalam fasa perisian matang.

Apa yang menarik, Google juga mengumumkan bahawa, jenama terkemuka dalam peragaan jam tangan iaitu Fossil akan turut meluncurkan jam pertama janaan Android Wear pertama mereka dalam fasa kedua tahun ini (2014).



Untuk pengetahuan anda, buat masa ini, Android Wear hanya terdapat dalam versi pembangun sahaja. Dijangkakan, dengan pengumuman ini, pasaran peranti boleh pakai akan menjadi lebih menarik pada tahun ini dan awal 2015 kelak.

ANDROID WEAR

|