Isnin, 3 Februari 2014

SENI REKA - WiseButton. Rantai Kunci Serbaguna Janaan Bluetooth

Beberapa bulan lepas, peranti penjejak seperti WiseButton ini pernah Rekareka tuliskan artikel berkenaan dengannya - Chipolo dan juga sejumlah peranti penjejak Bluetooth yang lain. Untuk pengetahuan anda, dengan terciptanya teknologi Bluetooth 4.0 serta Bluetooth Bertenaga Rendah (BLE) pada tahun 2010, puluhan peranti yang diolah berdasarkan sistem ini mula menemui pengguna dalam pasaran semasa.



Namun begitu, apa yang membezakan WiseButton berbanding dengan peranti penjejak Bluetooth yang lainnya adalah fungsinya yang mampu melakukan pelbagai tugasan selain daripada hanya menjadi penjejak semata.

Direka dengan rupabentuk yang selalu kita lihat iaitu rantai kunci, WiseButton mampu menjadi alat kawalan jauh bagi pengguna yang mahu membuat pebentangan slaid tanpa perlu berada dekat dengan komputer mereka. Selain daripada itu, apabila peranti pintar kecil ini diselarikan dengan telefon pintar anda (iOS, Android atau Windows Phone), ia boleh dijadikan alat kawalan pemain muzik anda dari jarak jauh.

Jika anda seorang jurugambar yang seringkali mengambil foto yang memerlukan anda berada jauh daripada kamera anda, mungkin WiseButton adalah alternatif yang baik selain daripada alat kawalan jauh rasmi yang dikeluarkan oleh pengilang.

Seperti biasa, mana mana peranti yang diolah pembuatannya daripada teknologi BLE pasti fungsi asas seperti penjejakan dalam radius Bluetooth 4.0 akan boleh didapati secara lalai (default).

Sehingga hari ini, kempen WiseButton di Indiegogo yang masih berbaki 47 hari ini sudah pun melepasi sasaran mereka dengan jumlah kutipan Perk sebanyak USD$24, 093 / RM80, 628. Dijangkakan, WiseButton akan mula dijual kepada ramai pada bulan Jun 2014 ini dengan harga USD$35 / RM118 seunit. Selain daripada itu, anda boleh dapatkan ia dengan menyokong kempen mereka di Indiegogo.

WISEBUTTON







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|