Rabu, 12 Februari 2014

SENI REKA - Tenuis. Set Unit Pemprosesan Pusat Minimalis daripada Kayu dan Aluminum

Mungkin anda sudah biasa melihat CPU yang direka khusus bagi menambahkan fungsi fungsi lain yang tidak terdapat pada CPU biasa seperti sistem penyejukan beradiator, panel I/O dan juga lampu LED. Modifikasi modifikasi tesebut selalunya melibatkan perkakasan yang dibeli terus daripada kedai tanpa sebarang penggubahan total kepada struktur bekas CPU tadi.

Seorang ahli forum bit.tech.net melangkaui tahap kreatif tersebut dengan mereka dan membina sendiri sistem komputernya berasaskan gabungan komponen Aluminum dan juga kepingan kayu yang dibeli dikedai. Menggunakan faktor bentuk miniITX bagi papan utama komputer tersebut, sistem yang digelar Tenuis ini direka khusus bagi menjadi komputer yang akan diletakkan di ruang tamu bersama sama dengan set teater rumah.

Perincian sistem ini pula adalah seperti berikut ;
- Papan utama miniITX
- Kad Grafik (panjang 190mm)
- PSU Mini
- Dua unit pemacu cakera keras
- Satu unit pemacu cakera padat tanpa penutup

Jika anda juga seorang yang kreatif dan masih berkira kira untuk mendapatkan set komputer khusus bagi digabungkan dengan set TV atau teater rumah anda, apa kata anda bina satu sistem seumpama ini. Pasti menarik!

SEBELUM












SELEPAS














Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|