Sabtu, 8 Februari 2014

SENI REKA - Stokke® Steps™. Kerusi Kekal Relevan daripada Bayi sehingga Dewasa

Tumbesaran kanak kanak bermula daripada peringkat bayi sehinggalah umur mereka 7 tahun berlaku dengan pantas sekali, terutamanya saiz badan mereka yang cepat membesar. Oleh hal yang demikian, bermula daripada mereka dilahirkan, ibu bapa sudah pun membeli pakaian, peralatan makan dan minum dan juga kereta sorong yang sesuai dengan saiz mereka.



Namun begitu, selepas beberapa bulan berlalu, ramai daripada kita yang tahu bahawa, dalam banyak banyak peralatan yang dibeli tersebut, pasti akan ada yang sudah tidak boleh dipakai lagi kerana saiznya sudah pun berbeza dengan saiz ahli baru keluarga tersebut.

Tripp Trapp yang mula dipasarkan pada tahun 1972 masih lagi dijual sehingga kini.


Menyedari situasi ini, sebuah firma perabot dari Norway yang menggelar diri mereka sebagai Stokke telah pun melancarkan produk inovatif mereka yang diberi nama Tripp Trapp pada tahun 1972. Kerusi kayu ini yang walaupun kelihatan ringkas telah dicipta supaya boleh dilaraskan ketinggiannya sesuai dengan saiz badan kanak kanak bermula daripada mereka bayi sehinggalah ke umur 4 ke 6 tahun, lalu masalah yang kita bincangkan sebentar tadi dapat diselesaikan.

42 tahun selepas Tripp Trapp, Stokke sekali lagi hadir dengan ciptaan perabot terbaru mereka. Berkonsepkan ciri dan fungsi yang sama, kerusi gabungan kayu dan termoplastik - Steps pula diluncurkan. Pada rekaan kali ini, Stokke telah bergabung dengan satu lagi firma rekaan perabot - Permafrost dari Oslo yang mana telah membuahkan hasil rekaan yang begitu ringkas tapi dalam masa yang sama mempunyai pelbagai fungsi.

Jika produk mereka sebelum ini hanyalah kerusi boleh laras biasa, Steps pula dicipta supaya dapat menyokong postur badan bayi sejak daripada mereka dilahirkan lagi. Hal ini dapat dicapai hasil daripada rekaan inovatif yang menggabungkan pengenjut bayi (baby bouncer) boleh cabut dengan kerusi tersebut.

Apa yang menarik, dengan menerapkan sistem engsel berkembar pada pengenjut bayi tadi, gerakan yang terhasil adalah berbeza berbanding pengenjut yang biasa. Dimana ia bergerak mengikut gerakan badan bayi tadi lalu menghasilkan ayunan yang memimik gerakan buaian biasa, seolah olah diayun oleh ibu bayi tersebut. Ini berbeza dengan pengenjut bayi konvensional yang hanya bergerak dalam paksi vertikal sahaja.

Selain daripada itu, menurut Vinje Brustad, fungsi biasa Stokke® Steps™ yang mana boleh dilaras dan boleh dicabut mengikut kesesuaian, masih lagi diterapkan. Malah ia dapat dilakukan dengan cepat oleh pengguna dapatan daripada pengaplikasian konsep rekaan yang ringkas dan minimalis.

Untuk pengetahuan anda, pakej keseluruhan Stokke® Steps™ boleh dibeli dengan harga USD$450 / RM1500 seunit melalui laman web mereka.

STOKKE® STEPS™









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|