Khamis, 13 Februari 2014

SENI REKA - Sigma Quattro DP2. Kamera Kompak Semi Profesional Dengan Rekabentuk Moden

Bagi kalangan peminat fotografi, Sigma merupakan satu jenama parti ketiga yang amat popular dengan barisan lensa alternatifnya. Walaupun begitu, ia selalunya dikenali ramai melalui produk lensanya sahaja dan bukannya melalui satu sistem kamera yang sempurna (walaupun mereka juga ada mengeluarkan beberapa siri kamera berkualiti tinggi sebelum ini).

Beberapa hari lepas, beberapa keping gambar mengenai produk terbaru mereka iaitu Sigma Quattro DP2 telah tertiris di beberapa laman web fotografi Rusia, dan pada hari ini, ia telah pun dipertontonkan kepada umum buat pertama kalinya di CP+ 2014, Yokohama, Jepun.





Sigma Quattro DP2 ini merupakan kamera yang hampir serupa dengan siri kamera Sigma sebelum ini iaitu - Merrill DP3 tetapi dengan beberapa ciri tambahan. Antara ciri yang paling ketara ialah reka bentuk kamera ini yang amat berbeza jika dibandingkan dengan rekaan kamera kamera yang lain, walaupun boleh Rekareka katakan, rekaannya ada sedikit sama dengan siri Sony NEX.





Menurut laman web The Verge, Quattro DP2 ini akan dipasarkan dengan 3 varian yang berbeza, masing masing dengan lensa 19mm f/2.8, 30mm f/2.8 dan juga 50mm f/2.8. Selain daripada itu, walaupun dengan sekali lihat sahaja kerangka badannya yang nipis, Quatrro DP2 ini dilengkapi dengan sensor bersaiz APS-C Foveon milik Sigma yang sebelum ini memang diketahui kualiti output imejnya. Ia juga dipasangkan dengan cip pemproses imej generasi baharu mereka iaitu TRUE III.

Seperti biasa, Quattro DP2 ini direka khusus untuk segmen pasaran premium dan mungkin akan diminati oleh sesetengah golongan jurugambar sahaja. Namun begitu, keberanian Sigma yang memperkenalkan produk baru dengan rekaan yang amat futuristik, minimalis dan ringkas sememangnya harus dipuji.



Oh ya, Penjera Optik juga ada disertakan sekali.

Sumber Gambar : Kelab Foto Rusia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|