Sabtu, 15 Februari 2014

SENI REKA - Drehplattentür. Konsep Inovasi Radikal Pada Pintu Konvensional

Penggunaan engsel pada pintu merupakan suatu teknologi yang telah pun mula digunakan oleh manusia sejak zaman pertengahan lagi, dan pada hari ini, engsel boleh dilihat di mana mana pintu yang terpasang di rumah kita.



Seperti yang kita tahu, pelbagai pendekatan reka bentuk telah pun tukang kayu gunakan terhadap rekaan pintu, daripada pintu yang paling ringkas sehinggalah kepada pintu kayu mewah yang boleh mencecah harga sehingga ribuan ringgit walaupun untuk satu daun sahaja.

Ketepikan soal pintu yang biasa itu, baru baru ini seorang artis pereka dari Austria telah pun mengejutkan komuniti pereka perabot di Internet apabila hadir dengan konsep inovasi yang sungguh radikal pada pintu biasa.

Gerakan pintu yang biasa kita lihat iaitu, buka dan tutup dalam satu pergerakan mendatar 180° itu telah pun direka semula pergerakannya. Diberi nama Drehplattentür oleh perekanya Klemens Torggler, pintu ini dibuka dan ditutup seolah olah kertas yang dilipat mengikut sudut sudut tertentu. Apa yang menarik, pintu Drehplattentür ini mampu bergerak dalam satu gerakan lengkap walaupun dengan sedikit sentuhan sahaja. Hal ini demikian kerana, Drehplattentür telah direka dengan teliti mengikut darjah darjah tertentu bagi mencapai gerakan kinetik yang optimum.

Buat masa ini, menurut beliau pintu tersebut masih lagi dalam fasa prototaip dan bagi yang skeptikal, takut takut jari anda boleh tersepit ketika menggunakan pintu ini. Jangan risau, Torggler telah pun mengambil kira risiko tersebut.

DREHPLATTENTÜR




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|