Rabu, 12 Februari 2014

SENI REKA - Beep. Selarikan Semua Pembesar Suara Anda dengan Satu Peranti

Penggabungan konsep tanpa wayar / wayarles pada pembesar suara sedia ada kepunyaan anda sebenarnya dapat memberikan nafas baru kepada cara penggunaannya. Seperti contoh, walaupun anda berada jauh dari pembesar suara tersebut - anda di dapur, pembesar suara di ruang tamu. Anda masih boleh menukar muzik yang dimainkan dengan hanya mengawalnya dari telefon bimbit anda.



Perantara yang paling popular dan mudah pada masa kini adalah dengan menyambungkan pembesar suara itu dengan apa apa peranti Bluetooth parti ketiga. Selain daripada itu, anda mungkin perlukan pembesar suara khusus yang mempunyai fungsi Bluetooth terbina dalam.

Namun begitu, bagaimana jika anda mempunyai lebih daripada satu set pembesar suara? dan anda ingin set set tersebut memainkan muzik yang sama menerusi satu sumber sahaja - telefon anda?

Selepas berhenti daripada bekerja dengan Google, dua sekawan ini telah mencipta peranti perantara yang dapat menyelesaikan persoalan tadi. Ia digelar Beep.

Dengan rekaan yang begitu abstrak dan futuristik, seolah olah datangnya daripada planet yang lain. Beep yang diperbuat daripada tembaga ini, mempunyai cara pengoperasian yang mudah iaitu dengan tekan dan pusing sahaja. Dengan rekaan yang ringkas ini, tetamu rumah anda mungkin menganggapnya sebagai satu arca seni sahaja.

Disebabkan ciri dan kemampuannya yang unik dan khusus. Beep hanya boleh digunakan dengan aplikasi khas yang dibangunkan sekali dengannya. Namun begitu, sehingga kini hanya aplikasi Pandora sahaja yang telah menyatakan sokongan terhadap Beep dan boleh digunakan bersama. Selain daripada itu, menurut pembangun Beep, tidak berapa lama lagi Spotify dan juga Rdio juga akan menambah sokongan aplikasi mereka terhadap Beep.

Beep boleh dibeli melalui laman web mereka dengan harga USD$99 / RM330 seunit.

BEEP








Sumber : FastC. Design

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|