Isnin, 10 Februari 2014

SENI BINA - Rekaan Dalaman Apartment Pengasas TFLN

TFLN (Text From Last Night) merupakan satu laman blog mikro yang memaparkan koleksi SMS pengguna yang dihantar pada malam sebelumnya. Seperti kebiasaan, SMS tersebut kadangkala mengandungi perkataan perkataan yang mengejutkan yang ditulis tanpa disedari.

Namun begitu, bukan TFLN yang ingin diceritakan pada hari ini, tetapi apartment yang didiami oleh pasangan adik beradik pengasas laman web tersebut iaitu Ben Bator dan Phil Bator. Untuk pengetahuan anda, apartment ini dahulunya adalah sebuah stor simpanan barang yang mempunyai keluasan lantai 2, 200 kaki persegi. Selain daripada itu, stor ini juga seperti kebiasaannya hanya dilengkapi dua bilik tidur serta dua bilik air.

Setelah berjaya meyakinkan pemilik lot stor simpanan ini bagi menukar status penggunaannya, Ben dan juga Phil telah mereka semula rupa bentuk dalaman stor ini dengan bantuan beberapa orang rakan karib mereka.

Hasilnya amat mengagumkan. Sedikit inspirasi industri, seolah olah rekaan dalaman apartment pegasas Tumblr, David Karp. Menarik bukan?
























Rujukan : Airows.com + Detroit Curbed

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|