Khamis, 6 Februari 2014

SENI BINA - Apartment Katsutadai. Rumah Terapung Di Atas Kedai Pastri oleh Yuko Nagayama



Terletak di Daerah Chiba, Jepun, apartment ini pasti menarik perhatian sesiapa sahaja yang lalu di kawasan tersebut kerana ia seolah olah terapung di atas sebuah kedai pastri. 


Jangan terkejut kerana lot bangunan ini memang sengaja direka untuk menempatkan rumah dan juga kedai dalam satu kawasan sekaligus. Ia umpama satu lot rumah kedai hybrid yang berdiri berasingan. Untuk pengetahuan anda, lot kedai yang unik ini direka dan dibina oleh satu studio arkitek di Jepun iaitu Yuko Nagayama & Associates (anda boleh lawati laman web mereka untuk melihat hasil rekaan lain).


Apabila diberi tugas untuk mereka bangunan ini, studio arkitek tersebut mahukan suatu konsep yang berbeza, lari daripada rekabentuk rumah kedai yang biasa. Bertitik tolak dengan idea bahawa kedua dua blok ini (rumah & kedai) adalah berbeza antara satu sama lain, maka tercetuslah idea untuk memisahkan kedua dua entiti tersebut.

Untuk merealisasikan idea rekabentuk yang unik itu, mereka memisahkan blok rumah dan kedai tadi dengan mewujudkan satu ruang kosong di tengah tengah yang disokong dengan beberapa tiang besi.




Selain daripada itu, penggunaan bumbung kaca di blok kedai pastri di tingkat bawah membolehkan pencahayaan semula jadi yang optimum pada waktu siang dapat diperoleh tanpa membazirkan tenaga elektrik. Tambahan pula, orang yang berada di rumah (tingkat atas) dapat melihat pergerakan di dalam kedai.

Bagi kemasan dalaman pula, terutamanya di dalam rumah. Konsep yang diketengahkan adalah dengan mengguna pakai sepenuhnya perabot dan kemasan kayu yang ringkas dan tampak minimalis. 


Apa yang menarik, walaupun rumah ini sudah berada di tingkat atas, studio arkitek tesebut telah cuba untuk memisahkan dapur dan ruang tamu dengan kawasan bilik tidur dan juga bilik air, dengan mereka satu lagi tingkat kedua di dalam rumah tersebut. 

Sungguh mengagumkan!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|