Selasa, 4 Februari 2014

PERISIAN - Ulasan Aplikasi Facebook Paper (Kemaskini)

Walaupun aplikasi Facebook Paper ini masih lagi tidak menyokong AppStore di negara lain kecuali Amerika Syarikat, anda masih lagi boleh memuat turun aplikasi ini dengan cara menukar tetapan negara pada akaun AppStore iCloud anda. Disebabkan aplikasi ini diberikan percuma, maka butiran kad kredit/debit tidak diperlukan dalam proses muat turun ini, hanya pilih "None" bagi tetapan tersebut.

Sejurus selepas ia dilancarkan sebentar tadi, Rekareka telah mencubanya sendiri walaupun terpaksa menukar butiran akaun iCloud (sudah tentu..duhh). Apa yang boleh dikatakan perihal aplikasi ini adalah ianya telah ditulis dan direka dengan amat teliti sekali. Walaupun sebelum ini, ia dikatakan mengambil inspirasi daripada Flipboard, namun setelah mencubanya, ini adalah sesuatu yang berbeza.


Pertama sekali, seperti sudah menjadi kebiasaan aplikasi terbitan baru, anda akan disambut dengan "Pageview Controller" yang akan memberi panduan asas cara penggunaan aplikasi ini.


Sejurus selepas itu, anda akan diberikan beberapa pilihan topik utama yang anda ingin pilih selain daripada suapan akaun Facebook anda sendiri. Antara suapan topik utama tersebut ialah Teknologi, Keusahawanan, Rekacipta dan juga Berita Terkini. (Anda boleh menukar atau menambah topik topik tersebut mengikut kesukaan anda selepas itu).

Untuk pengetahuan anda, aplikasi ini adalah 100% digerakkan dengan tetapan sentuhan gerakan jari dimana untuk berkongsi apa apa suapan cerita yang anda suka, anda hanya perlu menggerakkan sentuhan jari anda ke bawah. Manakala, untuk membaca sebarang kad suapan cerita, anda hanya perlu menggerakkan sentuhan jari anda ke atas.



Pada pandangan Rekareka, Facebook Paper masih dalam fasa percubaan dan eksprementasi secara keseluruhannya (ia masih lagi tidak boleh dimuat turun di semua negara, versi Android juga tidak diketahui statusnya), namun begitu dengan kemampuan yang ditunjukkan pada versi awal ini boleh dikatakan Facebook mempunyai rancangan jangka panjang untuk aplikasi ini.

Kita tunggu dan lihat.

FACEBOOK PAPER





1 ulasan:

|