Sabtu, 1 Februari 2014

PERISIAN - 5 Aplikasi Klien Emel Terbaik untuk OSX Anda


Seperti kebiasaan, OSX didatangkan khas dengan aplikasi klien emel mereka sendiri yang diberi nama Mail App. Walaupun begitu, aplikasi tersebut kelihatan sedikit bosan melainkan jika anda seorang pengguna emel yang tegar.

Dalam artikel kali ini, Rekareka ingin berkongsi 5 aplikasi klien emel terbaik untuk OSX yang mempunyai pelbagai fungsi serbaguna serta ciri ciri rekaan yang kemas dan mengikut trend antaramuka pengguna semasa.

Siapa kata membaca emel itu membosankan?

INKY - (Percuma)


Inky direka seringkas mumgkin bagi memudahkan pengguna mendaftar apa sahaja jenis emel yang mereka ada (IMAP atau POP) dengan hanya memasukkan nama pengguna dan juga kata kunci. Aplikasi ini juga menyusun emel pengguna berdasarkan pengkelasan tertentu seperti sosial, kerja atau pun perniagaan.

Selain daripada itu, ciri yang bagi Rekareka amat menarik sekali adalah, fungsi log masuk setempat dimana pengguna hanya perlu mendaftar satu akaun sahaja bagi emel emel mereka kerana Inky akan menyimpan butiran emel tadi secara atas talian. Oleh itu, jika anda mempunyai beberapa komputer, maka fungsi ini amat berguna sekali.

AIRMAIL - (RM6.50)

Boleh dikatakan sebagai klien emel terbaik bagi OSX, Airmail menyokong pelbagai platform pelayan emel sedia ada termasuklah Microsoft Exchange. Aplikasi ini juga menyokong ciri Gmail sepenuhnya termasuk label, anda juga boleh mendaftar fungsi bilangana akaun yang tidak terhad dan juga pelbagai ciri lain yang amat berguna.

Selain daripada itu, dengan adanya integrasi terbina dalam Google Drive, CloudApp, Dropbox dan juga Evernote, Airmail bolehlah dikategorikan sebagai klien emel setempat pilihan anda.

MAIL PILOT - (RM32.00)


Aplikasi Mail Pilot ini baru sahaja melepasi fasa Beta dan ia kini boleh dimuat turun dalam versi penuhnya di AppStore. Sebagai satu aplikasi klien emel yang ada dalam koleksi puluhan klien emel yang lain, Mail Pilot didatangkan dengan ciri yang agak berbeza daripada pesaingnya.

Jika anda seorang yang mempunyai perniagaan atas talian yang mana memerlukan anda membuat senarai perkara yang perlu dilakukan berdasarkan emel anda, maka Mail Pilot mempunyai fungsi unik yang dapat memudahkan tugas itu. Ia menyokong pendaftaran melalui akaun IMAP dan mempunyai aplikasi rentas platformnya tersendiri bagi peranti iOS.

UNIBOX - (RM32.00)


Berdasarkan visi mereka iaitu "Email Should Be Personal", Unibox memfokuskan pengalaman visual pengguna lebih daripada fungsi yang lain dimana ia tidak menyokong pembacaan emel setempat, tetapi emel anda boleh dibaca mengikut masa emel tersebut diterima. Buat masa ini, Unibox menyokong pendaftaran bagi akaun Gmail, iCloud, Hotmail, IMAP dan juga Microsoft Exchange.

Direka bukan untuk penggunaan pembaca emel tegar, Unibox lebih kepada pengguna yang mahukan pengalaman pembacaan emel yang lebih relaks dan santai. Jika anda rasa, ciri ciri tadi sesuai dengan cara pembacaan emel anda, Unibox adalah aplikasi yang harus dicuba.

POSTBOX - (RM33.00)


Semacam aplikasi rasmi OSX - Mail App, Postbox didatangkan dengan pelbagai fungsi tambahan seperti sokongan fungsi label Gmail, fungsi lampiran fail melalui Dropbox dan juga fungsi rumusan emel yang memudahkan anda membaca emel emel yang diterima dengan cepat.

Aplikasi Postbox ini juga menyokong semua protokol emel IMAP dan POP, oleh itu jika anda mahukan aplikasi klien emel seperti Mail App tetapi dengan ciri ciri tambahan, apa kata anda cuba Postbox.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|