Jumaat, 24 Januari 2014

WEB - Selamat Ulangtahun ke 30 Apple!



30 tahun yang lepas, pertama kalinya Apple melancarkan produk sulung rasmi mereka yang digelar Macintosh. Hari ini, laman web mereka Apple.com telah ditukar rupa bentuknya menjadi garis masa khas kisah kisah yang berlaku sepanjang produk mereka dilancarkan saban tahun.

Gambar: Hotdigitalnews / Kumpulan Pembangun Awal Macintosh - George Crow (rekaan papan analog), Johanna Hoffman (pemasaran), Burrell Smith (papan logik), Andy Hertzfeld (sistem perisian), Jerry Manock (rekaan industri).



Gambar: CNET / Para Pembangun Macintosh - Paling Atas: Rony Sebok, Susan Kare; Atas: Andy Hertzfeld, Bill Atkinson, Owen Densmore; Bawah: Jerome Coonen, Bruce Horn, Steve Capps, Larry Kenyon; Paling Bawah: Donn Denman, Tracy Kenyon, Patti Kenyon



Selain daripada itu, Apple juga mengkhususkan satu halaman khas bagi para pengguna berkongsi pengalaman pertama mereka dengan Apple. Apa yang menarik, jika 30 tahun dahulu, Apple banyak digunakan bagi tujuaan pendidikan dan juga penerbitan risalah, tetapi pada hari ini kegunaannya lebih kepada melayari Internet sahaja.

Bagi saya, pengalaman pertama saya bersama Apple adalah pada tahun 2005 iaitu iMac G3 bagi tujuan penyuntingan video semasa di sekolah. Apa pula pengalaman pertama anda?





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|