Jumaat, 3 Januari 2014

SENI REKA - Philips Melancarkan LED Baru Berbentuk Rata

Philips baru baru ini secara rasmi telah melancarkan LED generasi baru seterusnya menambah jenis lampu LED dalam siri lampu LED sedia ada mereka. Digelar SlimStyle, lampu LED ini menjanjikan penjimatan tenaga elektrik sehingga 85%.

Selepas pelancarannya di Amerika Syarikat tempoh hari, Philips menyatakan bahawa mentol ini walaupun tampak nipis dan rata, ia mampu melimpahkan keterangan cahaya yang sama dengan mentol konvensional 60 Watt biasa dan mampu tahan 25 kali lebih lama.

Jika anda perasan, mentol LED keluaran Philips sebelum ini disertakan sekali dengan singki haba aluminum yang bertujuan untuk menyingkirkan kepanasan suhu ketika mentol tersebut dipakai.



Namun begitu, dengan rekaan terbaru mereka ini, haba yang terhasil dari cahaya lampu itu akan disalurkan secara semula jadi ke bahagian tengah mentol tersebut, iaitu kawasan rata tadi. Dengan ini masalah penghasilan haba tadi berjaya diselesaikan lalu singki haba tidak lagi diperlukan.



Buat masa ini, sebiji mentol SlimStyle ini dijual dengan harga USD$10 di Home Depot, Amerika Syarikat, dan mungkin sedikit masa lagi, mentol LED ini akan menjengah pasaran Asia Tenggara.

Menurut Philips lagi, mentol ini mempunyai jangka hayat sehingga 22 tahun.

PHILIPS SLIMSTYLE



 

Gambar: Mashable / Philips Flatten Light Bulbs

Gambar: Mashable / Philips Flatten Light Bulbs





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|