Isnin, 6 Januari 2014

SENI REKA - Panono. Kamera 360° Yang Revolusiner Kini Sudah Berjaya di Indiegogo!

Merakam gambar dengan paparan dan darjah penglihatan 360° merupakan satu ciri yang boleh dikira mendepani zaman pada ketika ini. Walaupun ciri seakan akan sama ini pernah diterapkan dalam Photo Sphere Google / Android, ia masih tidak dianggap sebagai paparan sebenar dan sempurna jika dibandingkan dengan output yang diperoleh daripada Panono.

Untuk pengetahuan anda, kempen untuk mencari sokongan publisiti dan dana telah pun dimulakan oleh kumpulan yang mencipta Panono ini melalui laman web pendanaan khalayak Indiegogo. Kempen tersebut yang telah pun dimulakan seawal September tahun lalu, kini telah mencapai sasaran mereka sebanyak lebih USD$1 Juta, lebih 10% daripada sasaran awal mereka.

Menariknya, Panono merupakan suatu bebola kamera kolektif yang menempatkan 36 buah kamera kecil di dalamnya yang apabila diberikan arahan, akan mengambil gambar dengan serentak pada satu satu masa - seakan akan paparan Google Street 3D yang popular itu.



Di dalam kerangka Panono, terdapat modul storan flash yang mampu menyimpan 400 keping gambar beresolusi 108 Megapiksel setiap satu, manakala untuk memastikan Panono mengambil gambar tepat pada masanya, sebuah meter pecut elektronik (akselerometer) pula diprogamkan khas bagi mengesan apogi kamera ini.

Walaupun Panono masih belum lagi diluncurkan secara rasmi kepada khalayak, aplikasi khusus Panono sudah pun boleh dimuat turun di Google Play untuk paparan awal kepada komuniti awam yang ingin tahu.



Buat masa ini, bagi anda yang ingin menjadi antara yang terawal memiliki Panono, kamera kecil seberat 300g ini sudah boleh ditempah atas platform penyokong Indiegogo dengan harga USD$499 / RM1629 seunit. Menurut mereka, apabila diluncurkan kelak secara rasmi, harga runcit saranannya adalah USD$600 / RM1970 seunit.

Menarik bukan?

PANONO








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|