Rabu, 15 Januari 2014

SENI REKA - Moment. Lensa Klip Profesional Untuk iPhone, iPad dan Galaxy!

Sebelum ini anda pasti pernah mendengar fasal lensa yang boleh diklipkan pada peranti pintar anda bagi memperoleh gambar yang berbeza. Antara jenama yang terkenal adalah Olloclip dan di negara kita, jenama tersebut mudah untuk diperoleh di mana mana kedai.



Namun begitu, pada artikel kali ini, Rekareka ingin memperkenalkan satu lagi jenama baru yang baru meningkat naik iaitu - Moment.

Disebabkan pasaran kamera P&S (Point and Shoot) makin mengecil akibat kebanjiran telefon pintar yang dilengkapi kamera beresolusi tinggi, maka pada ketika ini, ia adalah waktu terbaik bagi Moment untuk dipasarkan.

Dijangka akan mula dihantar kepada pelanggan mereka pada bulan Jun ini, Moment kini masih berbaki 29 hari untuk kempen mereka di Kickstarter. Walaupun begitu, mereka sudah pun melepasi sasaran awal mereka untuk mengutip sokongan dana sebanyak USD$50,000.00.





Beberapa hari lepas, mereka baru sahaja memperkenalkan dua profil lensa klip mereka iaitu 18mm Moment Wide dan juga 70mm Moment Tele yang akan dijual dengan harga USD$100 / RM323 sepasang. Menurut mereka, dengan hanya dua lensa ini, pengguna dapat meningkatkan julat darjah jangkauan gambar mereka tanpa menjejaskan kualiti gambar tersebut.

Kelihatan sama dan serupa dengan konsep produk sedia ada dalam pasaran. Apa yang membezakan Moment adalah, lensanya diperbuat daripada kaca sinematik yang berkualiti tinggi, dan ini boleh mengelakkan sebarang herotan imej (image distortion) mahupun herotan kromatik (chromatic aberration) pada gambar yang diambil.

Selain daripada itu, Moment juga boleh dipadankan dengan telefon pintar anda sama ada dengan memakai bekas ataupun tidak. Untuk membolehkan Moment diterima ramai dan tidak hanya pengguna iPhone dan iPad, perekanya Marc Barros telah mereka Moment supaya kerangka klipnya sesuai juga untuk dipadankan dengan telefon pintar dari keluarga Samsung Galaxy (S2, S3 dan S4).

Menarik bukan?

MOMENT










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|