Khamis, 9 Januari 2014

SENI REKA - Eco Mobius. ZTE Menampilkan Alternatif Kepada Projek Ara.

Sebelum ini, seperti yang ramai daripada kita ketahui, dunia perkembangan teknologi pintar peranti mudah alih telah dirancakkan lagi dengan pengumuman oleh Motorola bahawa mereka akan bekerjasama dengan pengasas idea Phonebloks bagi membangunkan telefon modular mereka sendiri.

Susulan berita pengumuman itu, gergasi telefon pintar China - Xiomi juga turut sama menyertai perkembangan idea konsep telefon modular dengan memperkenalkan Magic Cube.

Sudah menjadi trend perkembangan dunia teknologi, jika ada suatu prospek yang dijangka dapat menarik lebih ramai pengguna seterusnya meningkatkan penjualan produk, pasti idea tersebut walaupun hanya sekadar konsep, akan dipertontonkan kepada ramai.

Ketika program CES2014 berlangsung hari ini di Las Vegas, ZTE telah menampilkan projek kajian telefon modular pintar mereka sendiri iaitu - Eco Mobius. Menurut mereka, Eco Mobius membenarkan pengguna menukar sendiri komponen modular yang mereka ingini dengan komponen baru, tanpa perlu membuang keseluruhan kerangka asal telefon tersebut.

Seperti yang kita tahu, idea telefon pintar modular adalah lebih kepada memperkasakan teknologi hijau, yang mana jika sebelum ini, mana mana peranti yang kita sudah tidak ingini - akan dibuang ke dalam tong sampah. Jadi dengan teknologi telefon modular seperti ini, perkara itu dapat dielakkan daripada berlaku (sekurang kurangnya mengurangkan peratusan telefon pintar yang dibuang).

Walaupun Eco Mobius masih berada di fasa penyelidikan, tetapi seperti yang dapat kita lihat, prototaip yang ditampilkan itu kelihatan amat elegan dan kemas. Sedikit berbeza dengan konsep yang dibawakan oleh Projek Ara sebelum ini.

Selain daripada itu, walaupun pihak Motorola akan melepaskan bahagian modular mereka kepada komuniti sumber terbuka dan juga syarikat syarikat baru untuk dibangunkan, ZTE mengambil pendekatan berbeza buat masa ini apabila menurut mereka, komponen modular Eco Mobius akan dibangunkan sendiri oleh mereka.

Untuk pengetahuan anda, konsep Eco Mobius ini telah pun diumumkan idea konsepnya pada bulan Oktober tahun lepas, dan ini adalah kali pertama ia dipertontonkan kepada ramai.

ECO MOBIUS 

Gambar: PCMag / ZTE Shows Off Modular Phonebloks Competitor, Eco-Mobius

Gambar: PCMag / ZTE Shows Off Modular Phonebloks Competitor, Eco-Mobius

Gambar: PCMag / ZTE Shows Off Modular Phonebloks Competitor, Eco-Mobius

Gambar: PCMag / ZTE Shows Off Modular Phonebloks Competitor, Eco-Mobius



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|