Khamis, 23 Januari 2014

SENI REKA - Avegant Glymph. Wayang Mudah Alih Seumpama Set Kepala.

Ramai daripada kita yang gemar menonton wayang. Terutamanya apabila banyak filem menarik yang ditayangkan ketika musim cuti hujung tahun ataupun cuti musim panas di negara barat. Namun begitu, pengalaman menonton filem di wayang agak sukar untuk kita tiru situasinya, tambah tambah jika kita tidak mempunyai set teater rumah di ruang tamu.

Sebuah syarikat yang menggelar diri mereka Avegant, baru baru ini telah mempertontonkan produk baharu mereka - Glymph di khalayak pada program CES 2014 lepas. Bagi pengetahuan anda, Glymph merupakan suatu peranti mudah alih yang direka khusus untuk pengguna menonton filem secara sendirian di mana mana tempat yang mereka suka.



Kedengaran seolah olah hampir sama dengan konsep menonton filem di komputer riba, namun Glymph hadir dengan keistimewaannya tersendiri. Rupa bentuk Glymph yang semacam set kepala itu sebenarnya boleh bertukar menjadi set gogal yang dilengkapi dengan paparan Virtual Retinal yang memancarkan filem terus kepada retina mata anda. Teknologi ini membolehkan imej yang terhasil diterima oleh mata anda dengan kualiti yang baik.

Buat masa ini, input kepada Glymph adalah dalam bentuk kabel HDMI yang mana ia boleh menerima input video dan audio dari mana mana peranti yang menyokong ciri tersebut.

Bagi menjana paparan imej yang berkualiti tinggi, paparan Virtual Retinal yang dicipta oleh Avegant ini menggunapakai teknologi cermin mikro dimana, terdapat sejuta cermin mikro itu pada setiap kanta mata. Hasil daripada teknologi ini, masalah kepenatan anak mata akibat terdedah terlalu lama kepada paparan imej seperti LCD sebelum ini dapat diselesaikan.

Perancangan perniagan Avegant bagi produk Glymph ini amatlah baik apabila, mereka mempertontonkan Glymph kepada ramai dahulu ketika CES 2014 sebelum melancarkan kempen mencari dana di Kickstarter. Akibatnya, walaupun masih berbaki 29 hari, mereka sudah pun berjaya mengumpul USD$430, 597 / RM1, 434, 540 daripada sasaran asal mereka iaitu  USD$250, 000 / RM832, 875.

Avegant Glymph dijangka akan mula dihantar kepada para penyokong kempen ini bermula Disember 2013 dengan harga USD$499 / RM1663 seunit.

AVEGANT GLYMPH














Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|