Khamis, 2 Januari 2014

SENI REKA - 69 Syarikat Usahawan Teknologi Baru Yang Mungkin Menyerlah pada 2014

Bagi yang masih tidak tahu, Angelist merupakan satu laman web khusus buat mereka yang mahu memulakan syarikat usahawan (lebih dikenali sebagai startup) mereka sendiri, dan dengan Angelist, tugas untuk mencari dana dan bakat dipermudahkan.

Gambar: Teamwork / Mark Tantrum / Startup Weekend Report in Wellington


Pada tahun lepas sahaja, Angelist telah membantu pelbagai Startup untuk mengumpul dana dan pelabur bagi syarikat masing masing. Jumlah keseluruhan pelaburan yang dicatatkan telah mencecah hampir USD$12 Juta. Bagi Rekareka, Angelist bolehlah dikatakan suatu tempat kolektif dimana pelbagai Startup kreatif boleh didapati, sama ada untuk kita belajar daripada pengalaman mereka atau sekadar untuk mengetahui trend teknologi kreatif semasa.



Disebabkan Angelist mengumpulkan startup startup dari segenap pelusuk dunia yang bilangannya beribu ribu, maka jika anda amati dengan teliti, pasti anda akan temui beberapa startup yang kecundang ditengah jalan sebelum dapat mencapai impian mereka.

Banyaknya daripada produk yang anda gunakan pada hari ini, tidak kira sama ada baru ataupun lama bermula dengan sekecil kecil idea lalu direalisasikan dengan semangat dan usaha yang gigih. Nama nama gergasi seperti Twitter, Facebook, Apple, Dell, Vine, Instagram dan juga Tumblr merupakan antara startup yang telah berjaya di luar sana. Di Malaysia, walaupun tidak ramai yang mengetahui perkara ini walaupun di negara sendiri, nama seperti MyTeksi, Terato Tech, Soft Space dan Wired In adalah beberapa startup yang mempunyai masa depan cerah dalam industri teknologi kreatif dunia.

Walaupun mungkin ada sedikit daripada nama dalam senarai ini yang anda pernah terjumpa di mana mana, namun dalam 69 nama nama ini, pasti anda akan temui beberapa startup yang bersifat revolusiner dan siapa tahu, mampu merubah landskap teknologi dunia pada masa akan datang. Disini, Rekareka cuba untuk senaraikan 69 startup yang mungkin akan menyerlah pada tahun 2014.

Selamat tahun baru 2014!

Kategori - Media Sosial & Idea Menarik

Thumb - Aplikasi media sosial yang membolehkan anda mendapatkan pandangan terhadap idea anda.
Lift - Cara mudah untuk mencapai sasaran anda dan dalam masa yang sama rekodkan pencapaian itu.
Clarity - Sistem Perundingan atas talian. Cari dan dapatkan nasihat daripada pakar.
Gumroad - Tempat dimana pengusaha boleh menjual terus kepada pengguna tanpa orang tengah.
DuckDuckGo - Enjin carian dengan beberapa fungsi baharu.
CustomMade - Cari dan temui pakar yang mampu merealisasikan idea anda.
Science Exchange - Pasaran atas talian bagi khidmat sains.
StoreEnvy - Beli belah di kedai paling kreatif di dunia.
Spindle - Ketahui dan kongsikan apa yang berlaku di sekitar anda.
Wanderfly - Pusat pengembaraan dunia setempat (sudah dibeli Tripadvisor)

Kategori - Peralatan Elektronik

Leap Motion - Kawalan gerakan generasi baru.
Dropcam - Kamera video berdefinisi tinggi dengan input bunyi dua arah.
Space Monkey - Pindahkan storan awan ke rumah anda.
Boosted Boards - Kenderaan elektrik paling ringan di dunia.
Interaxon - Kawal permainan video dengan minda anda.
Memoto - Kamera log video seumur hidup yang membolehkan anda mempunyai memori bersifat imej.
Ouya - Konsol permainan video kecil berasaskan Android.
Scout - Sistem sekuriti rumah yang kemas, selamat dan pintar.
Double Robotics - Berada di tempat lain tanpa berada di tempat itu.
Tindie - Etsy untuk produk elektronik. Ruang pasaran untuk si pembuat dan pereka.

Kategori - Senireka dan Seni Kreatif

Creative Market - Ruang pasaran bagi aset aset kreatif buatan komputer.
Mural.ly - Google Docs untuk si kreatif.
Strikingly - Bina laman web khusus dengan sokongan peranti mudah alih dengan pantas!
Codiqa - Reka dan bina aplikasi atau laman web khusus untuk peranti mudah alih tanpa menulis kod pengaturcaraan. Pantas.
Scoutzie - Jaringan eksklusif bagi pembina aplikasi peranti mudah alih terbaik.
Divshot - Bina laman web anda dengan konsep Tarik dan Letak.
Smore - Reka risalah anda secara atas talian dan kongsikan ia dengan rakan rakan.
Forrst - Menambah baik hasil kerja pereka dan pembangun berdasarkan maklum balas pengguna.
BrandCrowd - Jual atau beli logo rekaan anda sendiri dengan mudah.
Markupwand - Tukarkan Photoshop kepada HTML dengan pantas.

Kategori - Pendidikan dan Pelajaran

Treehouse - Cara baru untuk belajar teknologi.
Lore - Memberi nafas baru kepada sesi pembelajaran di kelas.
Udemy - Belajar kursus kursus baru secara atas talian.
Memrise - Gunakan imej dan sains untuk membuatkan sesi pembelajaran lebih mudah dan menyeronokkan.
Minerva Project - Universiti untuk abad ke 21.
Boundless - Buku teks percuma secara digital.
Skillshare - Belajar skil skil sebenar yang sentiasa diperlukan secara atas talian.
BenchPrep - Akses tanpa had kepada ratusan kursus di peranti pintar anda.
Class Dojo - Perisian mengurus tingkah laku untuk para guru.
Clever - Platform pembelajaran atas talian.

Kategori - Teknologi Kesihatan

CakeHealth - Atur dan rekodkan perbelanjaan kesihatan anda.
OpenCare - Lakukan tempahan atas talian untuk rawatan kesihatan.
Counsyl - Hindar penyakit genetik sebelum hamil dengan ujian DNA.
Scanadu - Periksa status kesihatan anda dengan mudah.
ShopWell - Pakar nutrisi setempat anda.
Ringadoc - Bantuan bagi para Doktor menjawab soalan pesakit selepas masa bekerja.
GymPact - Jadualkan sesi bersenam anda.
CareDox - Maklumat kesihatan yang mudah diakses dan mudah alih.
Meddik - Lakukan diagnosis awal dengan perkongsian pengalaman orang terdahulu.
drchrono - Rekodkan status kesihatan anda di iPad.

Kategori - Penerbitan Buku

Submittable - Content submissions made simple. Accept and review digital files.
Marquee - Terbitkan bahan bacaan atas talian dengan mudah, pantas dan cantik.
Inkling - Buku interaktif bagi iPad, iPhone dan juga pelayar internet
Atavist - Tulis dan kongsikan cerita melalui aplikasi digital, ebuku dan majalah dengan pantas.
Markerly - Kongsi hasil penulisan anda, hebahkan kepada pembaca dan berinteraksi dengan mereka.
Pen.io - Platform blog baharu.
Storify - Gunakan laman web untuk bercerita.
24Symbols - Akses kepada bank ebuku percuma.
Periodical - Tulis dan terbitkan majalah berkonsep baharu untuk iPad.
Tactilize - Terbitkan bahan penulisan dalam masa langsung dengan iPad.

Kategori - Pendanaan dan Pelaburan Khalayak

Rally - Kumpulkan dana untuk isu isu penting.
NationBuilder - Perisian khusus untuk anda si ketua. Bimbing komuniti anda dengan Nation Builder.
Vittana - Pendanaan mikro untuk pendidikan.
Libbo - Hebahkan penulis baru berbakat untuk diketahui umum
Fundly - Pendanaan atas talian yang mudah!
Carrotmob - Pendanaan khalayak untuk menjana perniagaan anda.
Causecast - Platform bagi program pendermaan dan sukarela.
Fundraise - Tabung pengumpulan dana secara sosial.
StayClassy - Perisian pengumpulan dana atas talian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|