Selasa, 21 Januari 2014

SENI BINA - Hiasan Dalaman Apartment Yang Menarik oleh Rina Lovko

Gaya hidup penduduk di bandar dan kota raya besar memang tidak dapat tidak, banyaknya daripada mereka menetap di apartment dan juga kondomonium. Tambahan pula, hartanah masa kini semakin melambung naik nilainya. 

Namun begitu, walau sekecil mana pun tempat tinggal kita, seboleh bolehnya, ia haruslah dihias dengan rekaan yang kemas dan teratur supaya mudah bagi kita untuk melakukan sebarang pekerjaan di situ. Tambahan pula bukankah apartment kita itu tempat kita beristirehat pada hujung minggu?

Pada artikel Seni Bina kali ini, Rekareka ingin memaparkan suatu rekaan dalaman menarik yang terdapat pada sebuah apartment kecil yang terletak di Kiev, Ukraine. Apartment yang berkeluasan 1290 kaki persegi ini merupakan sebuah apartment lama yang dihias semula rekaan dalamannya oleh Rina Lovko untuk memberikan imej baru yang lebih segar dan moden.

Antara perubahan ketara yang dilakukan oleh Rina adalah dengan mereka semula bilik air utama apartment ini supaya tampak lebih personal. Pilihan gaya jubin dan jenis pencahayaan yang ringkas nampaknya berjaya menjadikan bilik air utama tersebut untuk kelihatan elegan dan kemas.

Selain daripada itu, dindingnya juga telah dicatkan dengan warna putih krim bagi memberikan kesan luas kepada ruang dalaman apartment ini. Lantainya pula, diberikan pilihan kemasan kayu yang kini memang menjadi trend semasa - tujuannya untuk mengimbangi keringkasan yang ada dengan tekstur kayu tersebut.

Disebabkan apartment ini boleh dikatakan mengenengahkan konsep minimalis pada kemasan dinding, tingkap dan juga pilihan warna. Maka, perabot perabot yang dipilih juga nampaknya mengambil warna yang agak cair dari komponen warna pastel.

Kesimpulannya, ruang dalaman rumah anda, tidak kira sama ada luas atau pun kecil boleh dihiaskan dengan menarik dan praktikal jika anda tahu bagaimana untuk menggunakan elemen elemen hiasan dalaman tersebut dengan baik. Apa yang penting, pilihlah rekaan yang ringkas dan tidak terlalu berat serta keterlaluan untuk konsep idea rekaan dalaman rumah anda.

Semoga, hiasan dalaman oleh Rina Lovko ini boleh memberikan cetusan ilham untuk menghias apartment anda kelak!
























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|