Rabu, 15 Januari 2014

REKA SEMULA - Youtube, Google Chrome & Twitter Alami Rekaan Semula Antaramuka

Selang beberapa hari setiap satu. Youtube, Google Chrome & Twitter masing masing telah mengalami beberapa perubahan pada antaramuka sedia ada. Seperti kebiasaan, perubahan perubahan pada rekaan antaramuka ini dijangka akan meningkatkan tahap efisien pengguna terhadap produk mereka.

GOOGLE CHROME

Gambar: Blog Google Chrome / Chrome 32

Kemaskini antaramuka Google Chrome 32 yang baru sahaja diluncurkan semalam membawakan penanda notifikasi pada setiab tab yang dibuka. Sebagai contoh, jika anda membuka radio internet pada satu satu tab, anda akan dapat lihat ikon pembesar suara pada tab tersebut. Begitu jugalah halnya dengan - apabila anda menggunakan kamera web (Google Hangout) atau apabila anda menggunakan Chromecast pada sesuatu tab itu , ikon rakaman dan ikon Chromecast akan dapat dilihat.

Gambar: Blog Google Chrome / Chrome 32

Selain daripada itu, apabila terdapat ancaman sekuriti pada proses muat turun, pengguna akan dimaklumkan dengan lebih jelas jika dibandingkan dengan versi Google Chrome sebelum ini. Bagi pengguna Windows 8 pula, mod aturan Metro telah ditambah untuk membolehkan pengguna melancarkan antaramuka Chrome OS. Antaramuka tersebut dikatakan akan memudahkan proses mengakses aplikasi Chrome yang dimuat turun.

Gambar: Blog Google Chrome / Chrome 32

Jika anda berkongsi komputer, Google Chrome 32 ini membawakan ciri baru yang dikenali sebagai Supervised User yang mana anda boleh mencipta akaun sekunder bagi kegunaan pengguna lain pada komputer yang sama. Sebagai pencipta akaun sekunder tersebut, anda boleh menghadkan akses kepada laman laman web tertentu bagi tujuan keselamatan misalnya. Bagi Rekareka, ciri ini amat sesuai bagi ibu bapa yang mahu memantau penggunaan Internet anak mereka.


YOUTUBE

Gambar: Twitter Jordan Rodkey / Youtube

Setelah diperoleh Google, Youtube dilihat banyak menampilkan ciri ciri baru belakangan ini (walaupun pada suatu ketika dahulu, keputusan untuk meletakkan iklan dibenci ramai). Terbaru, fungsi menulis komen memerlukan anda untuk mendaftarkan diri dengan akaun Google.


Gambar: Twitter Jordan Rodkey / Youtube



Semalam, walaupun ia masih dalam fasa eksprementasi, beberapa orang pengguna Youtube telah melaporkan perubahan antaramuka telah pun berlaku di Youtube. Menurut Tech2Notify, antaramuka yang baru ini kelihatan lebih kemas dan ringkas.

Gambar: Twitter Jordan Rodkey / Youtube

Bahagian video, iklan, komen, papan aturan atas telah diasingkan mengikut tataletak masing masing. Terdapat juga perubahan pada susunan bahagian bahagian tersebut. Langkah langkah ini dilihat sebagai salah satu cara Youtube untuk menyelaraskan pengalaman pengguna walaupun akses kepada Youtube dibuat melalui peranti yang pelbagai.


TWITTER

Twitter juga telah meluncurkan antaramuka baru mereka semalam, namun begitu buat masa ini, ia tidak lagi berkuatkuasa kepada semua pengguna. Mungkin perubahan ini akan diselaraskan secara berperingkat peringkat.

Gambar: Antaramuka Twitter yang lama / Nurfaiz Foat




Kemaskini antaramuka platform blog mikro ini juga dilihat sebagai suatu langkah daripada Twitter untuk memberikan pengalaman pengguna yang sama walaupun diakses daripada peranti yang pelbagai. Sekali lihat, antaramuka web Twitter ini seolah olah aplikasi rasmi mereka di Android dan iOS.

Antara beberapa perubahan baru yang dapat dilihat adalah, warna dan reka bentuk bar navigasi disebelah atas telah pun ditukar bagi menyamai aplikasi peranti mudah alih mereka, ikon ikon juga diberi rekaan baru yang lebih ringkas.


Selain daripada itu, paparan rekaletak profil anda yang sebelum ini hanya boleh dilihat pada ruangan profil juga telah pun diletakkan sekali pada ruangan suapan Twitter.

Buat masa ini, perubahan perubahan ini hanyalah bersifat estetika dan tiada apa apa perubahan daripada segi penggunaan mahupun servis mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|