Rabu, 15 Januari 2014

REKA SEMULA - Replika Mac Pro 2013 Daripada Tong Sampah Aluminum

Jika anda seorang yang amat meminati produk keluaran Apple tetapi tidak mahu berbelanja lebih untuk memilikinya, Hackintosh merupakan jalan penyelesaian untuk anda.

Untuk pengetahuan anda, Hackintosh adalah suatu sistem DIY yang menjalankan Mac OS sebagai sistem operasinya, namun berbeza dengan produk rasmi Apple, sistem ini boleh dibina sendiri oleh anda menggunakan perkakasan yang dibeli di kedai komputer biasa. Kosnya - hampir satu pertiga daripada harga asal produk Apple.

Sejarah Hackintosh bermula apabila pihak Apple menggunakan cip pemprosesan Intel dalam keluaran siri komputer mereka beberapa tahun yang lepas lalu membuka ruang bagi komuniti pembangun dan peminat teknologi komputer untuk membangunkan suatu sistem yang membolehkan Mac OS di pasang pada perkakasan yang hampir serupa.

Gambar: Pengubahsuaian G5 Ekstrim / Tonymax86



Boleh dikatakan komuniti Hackintosh telah matang hampir di setiap forum forum yang ada sehinggakan terdapat komuniti khusus bagi menyokong minat ini. Antara aktiviti yang terkenal selain daripada cuba membina Hackintosh itu sendiri adalah aktiviti pengubahsuaian perkakasan Apple sedia ada dengan menggantikan 100% perkakasan dalaman original Apple dengan perkakasan yang lebih baik yang dibeli daripada kedai komputer dengan dalam masa yang sama mengekalkan ciri luaran asalnya.



Baru baru ini, selepas Apple melancarkan Mac Pro generasi baru mereka pada penghujung tahun lepas yang menampilkan ciri pembaharuan yang amat unik, seorang peminat Hackintosh daripada Jerman telah mengambil keputusan untuk meniru sistem ini. Apa yang menarik, untuk beliau meniru rupabentuk silinder Mac Pro tersebut, beliau telah menggunakan tong sampah aluminum yang dibelinya dari Amazon.

Saiz sistem DIY peminat dari Jerman ini tidak jauh bezanya daripada saiz asal Mac Pro tersebut iaitu;

DIY
(260MM Tinggi dan 180MM Diameter)

Mac Pro 2013
(251MM Tinggi dan 167MM Diameter)

Daripada segi perkakasannya pula, walaupun sepatutnya sistem ini membenarkan cip pemprosesan i7 Haswell yang baru dipasang, beliau hanya menggunakan cip pemprosesan i3 sahaja. Berikut adalah perbezaan spesifikasi sistem DIY beliau dengan sistem asal Mac Pro.

DIY
Intel Core i3 4340 (Haswell)
Gigabyte GA- Z87N - WIFI
ATI Radeon 7750
1 x Pemacu Cakera Flash (SSD)
1 x Pemacu Cakera Keras (HDD)
1 x ATX PSU

Mac Pro 2013
Intel Xeon (Ivy Bridge)
2 x FirePro AMD

Walaupun begitu, sebagai suatu projek DIY, ini adalah sesuatu yang menyeronokkan dan pembina sistem tersebut pasti berasa begitu puas dengan hasil tangannya, tambahan pula ia mendapat liputan luas daripada komuniti Internet. Seperti kebiasaan, ini hanyalah permulaan sahaja. Selepas ini, pasti akan ada pengubahsuaian yang lebih ekstrim dan menyerupai Mac Pro yang asal.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih perihal Hackintosh dan ingin berinteraksi dengan komuniti Hackintosh Malaysia, anda boleh terus sertai Facebook rasmi mereka dan mulakan pencarian anda!

TRASH PRO 2014
























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|