Rabu, 22 Januari 2014

PERISIAN - Jelly. Aplikasi Soal Jawab Untuk Apa Apa Pertanyaan.

Terdapat banyak laman web yang ada diluar sana yang selalu kita gunakan untuk mencari jawapan terhadap sebarang persoalan yang timbul setiap hari. Laman web seperti Yahoo Answers, Quora mahupun Google adalah antara laman web popular yang menjadi pilihan pengguna.

Antara persoalan yang selalu kita ajukan kepada laman laman web tadi selalunya berbentuk seperti - "Bagaimana hendak memasak Kangkung Belacan" atau "Berapa jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Kangsar". Seperti kebiasaannya, dengan indeks pengguna jalur lebar yang boleh dikatakan tinggi di negara kita, sudah tentu jawapan kepada soalan tadi boleh kita peroleh dengan kadar yang segera.



Baru baru ini, sebuah aplikasi khusus bagi telefon pintar yang digelar Jelly telah pun dilancarkan. Konsepnya adalah berlandaskan soal jawab yang anda ingin ajukan kepada kumpulan rakan rakan di Facebook mahupun Twitter.

Aplikasi soal jawab yang menggunakan perantara imej yang diambil dan dikongsi oleh si penanya ini merupakan cetusan idea pengasas bersama Twitter iaitu Biz Stone. Menurut beliau, melalui aplikasi ini, pengguna boleh bertanyakan apa apa soalan yang terlintas pada fikiran mereka dengan dibantu oleh imej yang diambil.

Untuk pengetahuan anda, bagi membolehkan soalan dan jawapan itu ringkas dan padat, pengguna hanya diberi ruang sebanyak 240 huruf bagi soalan yang ingin diajukan kepada khalayak ramai. Begitu juga sebaliknya dengan jawapan yang ingin diberi.

Bagi saya, penggunaan Jelly boleh dioptimumkan jika anda mempunyai bilangan rakan rakan yang ramai dalam akaun tersebut (anda boleh menjemput rakan anda secara langsung melalui Twitter dan Facebook).



Selain daripada itu, Jelly juga boleh membantu jika anda ingin mengetahui nama ataupun perkara perkara tertentu yang berkaitan dalam pekerjaan kita sehari hari. Sebagai contoh - jenis rempah ratus, nama spesis serangga, ubat kepada alahan kulit, menyelesaikan masalah kira kira mahupun panduan arah jalan raya di persimpangan.

Selepas dilancarkan tempoh hari, Jelly kini boleh dimuat turun secara percuma pada peranti pintar mudah alih anda. Masing masing melalui App Store dan juga Google Play.

JELLY


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|