Ahad, 5 Januari 2014

INFOGRAFIK - 5 Tips Mengurus Masa yang Mungkin Anda Ingin Tahu

Mengurus masa itu sendiri adalah satu tugas yang sukar untuk dilakukan, tambahan lagi apabila anda mempunyai beban kerja yang banyak setiap hari. Seperti kebiasaanya, semakin meningkat umur kita, semakin bertambah tanggungjawab yang perlu kita pikul. Seperti contoh, mendapat pekerjaan baru, apabila dinaikkan pangkat dan juga terlibat dalam menjayakan sesuatu projek.

Namun begitu, sifat manusia yang sentiasa belajar melalui kesilapannya sendiri membolehkan kita menyesuaikan diri dengan kekangan masa semasa tanpa kita sedari. Kadangkala apabila sesuatu cara yang kita pilih untuk lakukan bagi mengurus masa kita tidak menjadi, kita anda cuba cara yang lain pula.

Pada sesi infografik mingguan kali ini, Rekareka ingin berkongsi tips pengurusan masa yang mungkin dapat membantu anda mencapai objektif dan sasaran perancangan anda setiap minggu. Ingat, sentiasa fokus dengan matlamat anda.

Selamat bekerja!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|