Selasa, 17 Disember 2013

WEB - Wordpress 3.8 (Parker) Menampilkan Antaramuka Pengguna Yang Baharu

Jika anda seseorang yang menggunakan Worpdress sebagai platform laman web anda, pasti anda perasan dan baru perasan (macam saya) bahawa Wordpress baru sahaja 3 hari lepas melancarkan kemas kini versi 3.8 yang memaparkan perubahan antaramuka baharu yang lebih moden dan mengikut trend semasa.

Disebabkan ini adalah kemas kini utama, ia tidak membolehkan aturan automatik yang anda tetapkan sebelum ini untuk kemas kini secara auto berfungsi, maka anda perlu log masuk dan tekan butang "upgrade" secara manual.

Apa yang penting, jangan lupa untuk melakukan tatacara sandaran dimana anda membuat salinan serupa laman web anda ditempat lain sebelum mengemas kini. Mana tahu, ada plugin plugin atau pun templat/tema yang tidak sesuai dengan kemas kini ini.

Versi 3.8 pada kali ini membawakan beberapa ciri baharu yang akan membantu anda untuk memuat naik artikel baru dengan lebih mudah kerana Wordpress 3.8 kini lebih mesra kepada peranti mudah alih. Antara ciri ciri lain yang menarik adalah;
  • Keseluruhan antaramuka pengguna dirombak dan diganti dengan rekaan rata, moden dan minimalis.
  • Untuk memudahkan paparan pada peranti mudah alih, versi 3.8 dengan bangganya menyokong ciri bergerak balas
  • Reka bentuk huruf juga sudah diganti dengan muka taip Open Sans.
  • Paparan 8 jenis warna berbeza yang boleh dipilih mengikut kesukaan anda.
Sekali pandang, antaramuka yang baharu ini nampaknya hanya mengambil masa yang seketika untuk dimuatkan. Menurut sumber, muka paparan pengurus (administration page) kini telah dipadatkan daripada > 500KB kepada < 300KB.


Seperti yang disebutkan dalam senarai ciri ciri baharu tadi, penyokongan akses kepada pe
ranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet nampaknya sangat membantu mereka yang ingin memuat naik artikel baru secara cepat, dimana mana sahaja. Pada pandangan saya, ini adalah lebih baik dan pantas jika dibandingkan dengan aplikasi rasmi mereka pada persekitaran iOS dan Android (terutamanya jika anda mahu mengubah plugin).






Selain daripada itu, apa yang menarik perhatian saya juga adalah tema baharu sedia ada yang diberikan percuma, ia digelar - Twenty Fourteen. Dengan mengikut trend semasa dalam pembikinan tema laman web masa kini, Twenty Fourteen menampilkan ciri bergerak balas yang sepenuhnya akan menggunapakai paparan peranti mudah alih anda dengan baik. Ia juga boleh ditetapkan paparannya sama ada paparan Grid atau paparan Slider.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|