Selasa, 17 Disember 2013

WEB - Tiny, Konsep Platform Blog Baru daripada Pengasas Digg, Kevin Rose

Pengasas Digg, Kevin Rose, yang mana beliau juga adalah salah seorang rakan kongsi dalam Google Venture telah mengetengahkan idea baru beliau dalam arena penulisan blog melalui konsep platform baru yang digelar Tiny.


Semalam, Rose memuat naik apa yang beliau panggil sebagai prototaip kepada konsep platform ini. Secara kasarnya, video ini memaparkan Tiny sebagai suatu platform penulisan blog yang disertakan dengan fungsi video dibelakang tulisan blog tersebut. Cuma, video itu akan dikaburkan menggunakan pratetapan tertentu.



Menurut Rose, dengan keberadaan video yang dikaburkan pada bahagian belakang tulisan itu, ia dijangka dapat membantu pembaca untuk membaca artikel yang dimuat naik dengan lebih baik dan lebih personal, seolah olah memberi kesan bahawa penulis berada betul betul didepan pembaca.

Idea ini dikongsi dengan tujuan supaya, konsep penulisan blog konvensional yang sudah ada sejak tahun 2004 - 5005 ini boleh diubah penampilannya agar lebih interaktif dan tidak hanya statik dan membosankan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|