Selasa, 24 Disember 2013

WEB - Laman Web Baru MyTeksi Yang Interaktif!

Jika anda sering berada di sekitar Lembah Klang, iklan MyTeksi adalah diantara salah satu iklan yang agak popular ketika berada di atas jalan raya, terutamanya pada teksi teksi (sudah tentu!).

Untuk pengetahuan anda, MyTeksi adalah satu syarikat inisiatif yang dibentuk oleh dua orang rakyat Malaysia lepasan HBS yang bertujuan untuk menggiatkan semula industri teksi tanah air - yang ramai daripada kita tahu ia agak suram sebenarnya.



Boleh dikatakan hampir daripada semua orang yang kita kenal dan ketahui kini mempunyai sekurang kurangnya satu telefon pintar - tidak kiralah sama ada ia Android, iPhone mahupun Windows Phone. Dengan mengambil kira maklumat ini dan kemampuan GPS pada telefon pintar, MyTeksi telah dibangunkan untuk menyokong platform sedia ada tadi lalu mencipta satu hubungkait situasi menang menang untuk pemandu teksi dan juga pelanggan.

Setelah hampir setahun berada dalam pasaran terbuka aplikasi telefon pintar, MyTeksi sememangnya telah mencipta pasarannya yang tersendiri, dan baru baru ini, laman web rasmi mereka telah dikemaskini supaya lebih bersifat interaktif untuk pengguna.

Apa yang menarik, tidak banyak laman web tempatan yang mempunyai rekabentuk seperti ini, yang mana begitu interaktif  dan ringkas bagi pengguna terutamanya jika mereka melayari laman web ini menggunakan tablet. Pengguna juga akan lebih mudah untuk mengakses pilihan menu untuk mengakses maklumat - yang kini berada disebelah kanan laman web ini.

Antaramuka yang sama boleh juga dilihat pada laman web Google Nexus 7 dan jika anda mahu menaiktaraf lama web anda supaya mempunyai ciri yang serupa, kod sumber untuk fungsi ini anda boleh peroleh di laman web Codrops.

MYTEKSI









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|