Isnin, 16 Disember 2013

SENI REKA - Steam Machine Keluaran Valve Sudah Diterima Penguji

Beberapa hari selepas Steam OS versi beta dilancarkan, semalam Steam Machine keluaran Valve ini telah pun mula dihantar untuk ujian beta kepada 300 penguji bertuah yang memohon. Seperti kebiasaan, dengan kepantasan Internet, beberapa video dan gambar sudah pun dimuat naik ke laman Youtube dan Imgur.

Dalam video ini, digambarkan kesemua ciri ciri yang ada pada Steam Machine dan begitu juga dengan Steam Controller yang dilengkapi dengan fungsi maklum balas sentuhan (haptic feedback) yang baru.



Prototaip Steam Machine versi beta ini, dibina menggunakan perkakasan komputer biasa yang anda boleh peroleh dengan mudah di kedai komputer. Ini memberi maksud, pengguna boleh menambahbaik sistem mereka untuk prestasi yang lebih memuaskan seperti menggunakan cakera SSD berkapasiti lebih besar, GPU berprofil tinggi, RAM yang lebih baik malah unit pemprosesan pusat juga boleh diganti dengan unit yang lain.

Gambar: colbehr

Gambar: colbehr

Gambar: colbehr

Gambar: colbehr

Gambar: colbehr

Gambar: colbehr

Gambar: colbehr

Gambar: colbehr

Gambar: colbehr

Gambar: colbehr

Gambar: colbehr

Gambar: colbehr

Gambar: colbehr


Buat masa ini, berikut adalah spesifikasi yang dikeluarkan oleh Valve bagi tujuan pengujian beta;

GPU: Sesetengah unit dipasang dengan - NVidia Titan, GTX780, GTX760 dan juga GTX660
CPU: Sesetengah unit dipasang dengan - Intel i7-4770, i5-4570, dan juga i3
RAM: 16GB DDR3-1600 (CPU), 3GB DDR5 (GPU)
Storan Cakera Pepejal: 1TB/8GB Hybrid SSHD
Unit Bekalan Kuasa:  450 Watt 80Plus Gold
Storan Cakera Keras: 35GB HD space
Ukuran Dimensi: Sekitar - 12 x 12.4 x 2.9 inci.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|