Khamis, 19 Disember 2013

SENI REKA - Seaboard oleh ROLI. Piano Masa Depan Dengan Mata Getah

Alat muzik yang masih menanti kelulusan paten ini adalah sejenis piano ciptaan baru yang mana permukaan mata pianonya diperbuat daripada getah. Dengan tekstur getah yang elastik itu, ia membolehkan pemain untuk mengawal bunyi yang ingin dihasilkan secara kreatif mengikut kehendak mereka.



Dibangunkan di United Kingdom, idea awal Seaboard dicetuskan oleh Roland Lamb, seorang ahli muzik yang pakar dalam beberapa instrumen. Idea ini muncul apabila beliau berhasrat untuk mereka cipta sejenis kibod baru yang lebih ekspresif sewaktu sedang menuntut di Royal College of Art, London.



Seaboard yang direka serupa dengan pelan susur atur asal Piano biasa ini, ditambahbaik dengan kemampuan kawalan kepada pemain yang mahu bunyi dihasilkan itu mengikut gerak jari mereka. Contohnya, jika mereka mahu bunyi yang dihasilkan sedikit tinggi not-nya, mereka hanya perlu membengkokkan tekanan jari mereka kekanan dan begitu jugalah sebaliknya dengan not rendah.



Menurut Lamb, fungsi menarik Seabord ini, diinspirasikan daripada kelakuan biasa, yang setiap orang akan lakukan apabila pertama kali belajar bermain Piano.

Seabord kini telah pun melepasi fasa prototaip dan sudah mula dijual kepada umum secara atas talian melalui laman web rasminya.

SEABOARD

© ROLI Ltd. 2013

© ROLI Ltd. 2013
© ROLI Ltd. 2013

© ROLI Ltd. 2013

© ROLI Ltd. 2013

© ROLI Ltd. 2013




SUMBER 1
SUMBER 2


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|