Rabu, 4 Disember 2013

SENI REKA - Rubber Barber. Pemadam Pensel Berubah Wajah Apabila Digunakan

Pemadam yang terhasil daripada rekaan Lu-wei Chen ini mampu membuatkan anda tersenyum apabila anda menggunakannya. Direka dengan setiap daripada satunya mempunyai karakter masing masing, pemadam ini akan berubah bentuk secara perlahan lahan apabila anda memadam menggunakan bahagian atasnya.

Disebabkan rekabentuknya sedemikian rupa, berpandukan kepada cara anda menggunakan pemadam ini, anda boleh memilih fesyen rambut yang bagaimana anda mahu pemadam ini dibentuk!

Apa yang menyeronokkan, proses yang perlahan ini bukan sahaja mengujakan pengguna malah ia juga membangkitkan rasa seseorang itu untuk menggunakan imaginasi mereka, mana tahu dengan sekali padam sahaja, bentuk rambut yang baru akan muncul.

Pemadam ini dijual di kedai atas talian Megawing yang berpusat di Taiwan dengan harga RM55 untuk setiap set yang terisi 4 biji pemadam di dalamnya. Namun begitu ia juga boleh didapati di kedai kedai atas talian yang lain dengan harga yang sama.

Menarik bukan?

RUBBER BARBER











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|