Selasa, 10 Disember 2013

SENI REKA - Pencetak 3D Berkuasa Solar, Mencetak Menggunakan Pasir dan Matahari

Apabila Kayser, seorang penuntut jurusan rekaan di kotaraya London mencuba pencetak 3D rekaannya di atas bumbung, beliau tahu bahawa cahaya matahari yang boleh beliau dapati di kota itu tidak mampu untuk menggerakkan ciptaannya itu. Jadi, beliau membuat keputusan untuk berangkat ke Mesir bersama sama pencetak itu yang beratnya hampir 90 kilogram.



Projek Pencetak 3D Markus Kayser ini menggunakan dua sumber utama dan terbanyak yang boleh didapati di kawasan gurun iaitu pasir dan cahaya matahari. Dua sumber ini apabila di salurkan dengan koordinasi yang baik, mampu mencetak objek objek kaca yang sebelum ini berada diluar jangkaan pemikiran kita.

Idea untuk mereka pencetak 3D ini hadir secara tiba tiba apabila beliau ingin memikirkan satu projek baru yang boleh dibuat, selain daripada menggunakan matahari untuk mengecas telefon pintar. Berbekalkan cita cita iu, beliau pun berjumpa dengan beberapa profesor fizik untuk belajar secara terperinci bagaimana pasir boleh dileburkan untuk membentuk kaca pada suhu suhu tertentu.



Berdasarkan konsep pencetak 3D sedia ada, Kayser akan memasukkan pasir ke dalam pencetak itu yang mana pasir tersebut menjadi bahan mentah untuk mencetak kaca. Dalam proses yang amat menarik dan menakjubkan ini, cahaya matahari yang ditumpukan kepada satu titik fokal memimik pancaran laser yang ada pada pencetak 3D biasa. Manakala, pasir yang dileburkan menggunakan haba matahari pula umpama resin yag menjadi bahan mentah tipikal sesuatu pencetak.

Untuk Kayser memahami projek ini secara menyeluruh, beliau telah melakukan ujikaji selama 2 minggu di Gurun Sahara pada bulan Mei 2011 yang lepas, dan pada hari ini objek objek yang dihasilkan semasa tempoh ujikaji itu, sedang dipamer di Museum of Modern Art, New York.

MARKUS KAYSER SOLAR SINTER













Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|