Rabu, 11 Disember 2013

SENI REKA - Lagi Pemain Baru Dalam Pasaran. Nantikan Ubuntu Touch Tahun Hadapan.

Jika sebelum ini cita cita Canonical untuk melancarkan telefon pintar rasmi keluaran mereka melalui pendanaan khalayak telah gagal, tetapi hari ini, seperti yang dilaporkan oleh CNET. Pengasasnya Mark Shuttleworth, memberitahu bahawa, Canonical baru sahaja selesai menandatangani perjanjian dengan pengilang telefon pintar yang dirahsiakan identitinya.

Gambar: Stephen Shankland/CNET

Menurut Mark lagi, telefon pintar yang dijadual akan dilancarkan pada tahun hadapan ini adalah  berkapasiti tinggi dan semestinya akan dijana oleh Ubuntu Touch.



Untuk pengetahuan anda, walaupun Canonical telah gagal dalam percubaan pertama mereka untuk meraih sokongan orang ramai supaya menyokong misi ini beberapa bulan lepas, tetapi proses pembangunan Ubuntu Touch masih lagi berjalan sehingga sekarang.

Dengan pengumuman berita gembira ini, saya pasti, ramai daripada anda (peminat sumber terbuka) berasa teruja untuk mencuba pemain baru dalam industri telefon pintar dunia. Untuk rekod, Android dan Apple adalah pemegang syer pasaran terbesar dalam industri ini, diikuti oleh Samsung sendiri yang mempunyai varian telefon pintar janaan Linux-nya sendiri - Tizen, seterusnya Mozilla dengan Firefox OS-nya pada April lepas, dan baru baru ini Jolla juga telah melancarkan telefon pintar janaan Sailfish OS mereka. Oh ya, tidak dilupakan juga Blackberry dan Nokia, masing masing dengan sistem operasi mereka Blackberry dan Windows Phone.



Apa yang penting, dengan kehadiran pemain pemain baru yang tidak kurang hebatnya ini akan merancakkan persaingan pasaran teknologi telefon pintar dunia, seterusnya percambahan teknologi teknologi baru akan muncul dengan lebih pesat lagi.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|