Khamis, 12 Disember 2013

SENI REKA - Hiddenradio2, Pembesar Suara Bluetooth Yang Pintar!

Dahulu ketika Rekareka pernah menulis artikel berkenaan projek menarik daripada laman web pendanaan khalayak, Kickstarter, terlintas di fikiran untuk mengulas perihal Hiddenradio, namun begitu, ia hanya tinggal sebagai nota kecil sahaja dalam Evernote.

Masa berlalu, selepas dua tahun selepas ia berjaya meraih sokongan daripada orang ramai untuk menyumbang dana bagi projek pertama mereka, dua sekawan yang kreatif ini; John Van Den Nieuwenhuizen dan Vitor Santa Maria telah memulakan siri kedua bagi projek ini. Ia dinamakan Hiddenradio2, konsep pembesar suara Bluetooth yang sama, tetapi hadir dengan pelbagai ciri ciri menarik yang baru.

Sekali lihat, jika ia dijadikan satu ujikaji, tanpa anda ketahui, siapakah mereka yang mencipta pembesar suara ini, pasti anda akan katakan ia adalah produk keluaran Apple. Ini adalah kerana, jika anda dapat saksikan, bagaimana pembesar suara ini berfungsi dan diintegrasikan dengan iPhone dan iPad, seolah olah ia dicipta khusus untuk tujuan itu.



Namun begitu, apa yang paling mengujakan sekali, adalah tahap kepintaran dan keserasian yang anda boleh peroleh daripada pembesar suara ini. Hanya dengan beberapa siri gerakan jari pada permukaan pembesar suara tersebut, anda boleh mengawal kawalan audio seperti yang anda ingini.

Disebabkan Hiddenradio2 adalah pembesar suara Bluetooth yang paling pintar yang ada dalam pasaran semasa, saya rasa tidak perlulah ulasan ini dipanjangkan lagi. Anda perlu tonton video promosi meraih sokongan mereka, dan fikirkan mengapa ia digelar sebagai iPhone dalam industri penciptaan pembesar suara!

HIDDENRADIO2












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|