Selasa, 3 Disember 2013

SENI REKA - Gramovox. Pemain Audio Bluetooth Ala Gramofon

Diinspirasikan daripada pemain piring hitam zaman dahulu, Gramovox adalah pemain audio Bluetooth pertama yang menggunakan rekaan Gramofon untuk menggantikan rekaan konvensional yang biasa terdapat di pasaran.

Hasil gabungan teknologi dari dua era berbeza, rekaan corong Gramovox menggunakan prinsip getaran bunyi yang mana, semasa getaran itu bergerak, ia akan mengalami proses perambatan, dan akhirnya mengeluarkan bunyi muzik julat sederhana umpama pemain pring hitam zaman dahulu.



Dijual dengan harga RM800, Gramovox yang ketinggiannya hanya 50 cm ini diperbuat daripada corong besi dan loyang tempahan khas. Ia khusus untuk menghasilkan akustik yang berkualiti tinggi disamping kemasan yang ringkas dan minimal.

Struktur Gramovox pula disokong oleh tapak kayu yang terisi dengan sistem elektronik. Ia bertindak sebagai penghantar-terima Bluetooth 3.0 yang akan menjadi penghubung kepada peranti pilihan anda. Di belakang tapak kayu ini juga, terdapat tiga input kawalan untuk anda mengecas, suis tutup/buka dan juga sambungan AUX.

Difahamkan, jarak pengoperasian efektif bagi Gramovox dan peranti audio anda adalah sejauh 10 meter. Manakala, kuasa bateri terbina dalam mampu bertahan selama 15 jam untuk sekali caj.

Projek Gramovox yang baru sahaja dimulakan oleh dua sekawan ini - Pavan Bapu dan Jeff Parrish, akan tamat tempoh pendanaan khalayaknya di laman web Kickstarter pada 1 Januari 2014.

Namun begitu, disebabkan sifat dan rekaan Gramovox ini amat inovatif. Ramai pengguna Internet dari seluruh dunia telah menyokong projek ini yang sehingga sekarang sudah pun melepasi sasaran awal sebanyak 350%. Lebih daripada apa yang dijangkakan.

GRAMOVOX










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|