Sabtu, 21 Disember 2013

SENI REKA - Cubli. Robot Kiub Bermotor Mampu Menyeimbangkan Diri Sendiri!

Minat dan kesanggupan manusia untuk mengkaji serta mengolah ilmu dalam bidang robotik dari dahulu sehingga sekarang membawa kepada penemuan teknologi baru setiap tahun. Baru baru ini, Google sendiri telah melebarkan sayapnya dalam bidang ini dengan membeli seterusnya mewartakan hak miliknya terhadap syarikat robotik terkemuka - Boston Dynamics.



Berbentuk seperti kiub, Cubli adalah sejenis robot yang dicipta di Institute for Dynamic Systems and Control, ETH Zurich, Switzerland oleh beberapa orang yang pakar dalam bidang masing masing. Menurut mereka, robot yang bersaiz 15cm x 15cm x 15cm ini mampu membuat lompatan serta mengimbangi dirinya sendiri pada setiap empat penjuru bucunya.



Kemampuan yang menakjubkan ini diperoleh hasil daripada koordinasi tiga reroda yang dipasangkan pada badan Cubli yang membuat putaran bersudut tetap dengan halaju yang tinggi, dan pada masa ia akan melakukan lompatan, roda tadi akan berhenti dengan mengejut lalu menyebabkan satu tujahan momentum akan terhasil.


Cubli yang hanya terdiri daripada beberapa komponen ini mampu menganalisa tenaga yang perlu digunakan untuk melakukan pergerakan tadi seterusnya menetapkan roda mana yang harus berputar. Dengan hasil kombinasi pergerakan ini - lompatan, imbangan dan jatuhan terkawal, boleh dikatakan Cubli mampu "berjalan" dengan sendirinya! (walaupun dipermukaan bergerak)



Menarik bukan?

CUBLI




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|