Selasa, 17 Disember 2013

SENI BINA - Ruang Dalaman Ibu Pejabat Baru Square di San Francisco

Bermula dengan hanya 300 orang kakitangan beberapa tahun lepas, Square (sebuah syarikat pembayaran atas talian seperti Paypal) kini telah mempunyai hampir 600 orang kakitangan baru, dan untuk memenuhi keperluan ini, mereka telah melakukan perolehan pejabat baru yang lebih luas dan selesa.

Pejabat baru mereka ini boleh menempatkan hampir 1000 orang kakitangan dan berkeluasan lebih kurang 150,000 kaki persegi, tiga kali ganda daripada pejabat asal mereka dahulu. Buat masa ini, Square hanya memperuntukkan aras 6, 9, 18 dan 19 sahaja untuk kakitangannya dan mungkin pada masa akan datang, aras aras lain juga boleh dibuka untuk sebarang perkembangan operasi kelak.

"Ibu pejabat baru kami ini, membolehkan kami untuk sentiasa berkembang jika ada keperluan, disamping mengekalkan semangat kerjasama dan ketelusan dalam bekerja," ujar Bryan Power, Pengarah Bakat syarikat itu. "Rekaan dalaman ruang pejabat kami ini menguatkan komitmen kami sebagai kumpulan kecil untuk bekerja bersama sama, tidak kira sama ada kumpulan pereka atau pun jurutera".

Berdekatan dengan ibu pejabat Twitter yang pernah Rekareka paparkan beberapa hari lepas, ibu pejabat Square ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seolah olah ia berfungsi sebagai pekan kecil bagi kakitangannya.

Seperti kebiasaan dan menjadi ikutan semasa waktu sekarang, pejabat Square juga menampilkan rekaan minimalis dan ringkas di mana ruang ruang pejabat tersebut dibahagikan mengikut konsep "kejiranan" dan setiap kakitangannya boleh melihat pemandangan menarik kota San Francisco dari tingkap kaca pejabat tersebut.

SQUARE























SUMBER 1
SUMBER 2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|