Sabtu, 7 Disember 2013

SENI BINA - Rekaan Dalam Pejabat Instagram San Francisco

Menggunapakai elemen dan pengaruh media sosial syarikat ini, Geremia Design yang diberi amanah untuk mereka hiasan dalaman pejabat rasmi Instagram San Francisco telah mengetengahkan koleksi perabot retro bagi menimbulkan persekitaran pejabat yang tenang dan ringkas.

Terletak di kawasan selatan bandaraya metropolis itu, pejabat rasmi Instagram ini menggunakan sebaik baiknya pencahayaan semula jadi untuk menerangi ruang ruang di dalamnya. Jika anda amati, disamping elemen retro yang diketengahkan, kemasan kemasan dalam pejabat ini juga dilengkapkan dengan gabungan elemen kayu dan permukaan metalik.

Selain daripada itu, satu rak khusus yang menempatkan susunan kamera kamera analog lama telah didirikan khas untuk meraikan karakter dan falsafah jenama syarikat ini. Untuk menambahkan lagi semangat kerjasama dalam kalangan kakitangannya, suatu ruang bersama khas telah diwujudkan bagi membolehkan mereka untuk berbincang dan berkolaborasi dengan baik pada bila bila masa.

Gambar: Geremia Design

Gambar: Geremia Design

Gambar: Geremia Design

Gambar: Geremia Design

Gambar: Geremia Design

Gambar: Geremia Design

Gambar: Geremia Design

Gambar: Geremia Design

Gambar: Geremia Design

Gambar: Geremia Design

Gambar: Geremia Design

Gambar: Geremia Design

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|