Rabu, 11 Disember 2013

SENI BINA - Pejabat Twitter di San Francisco

Ditempatkan di sebuah bangunan art deco (gaya reka bentuk yang popular pada tahun 1920-an dan tahun 1930-an) yang dibina pada tahun 1937, rekaan dan hiasan dalaman ibu pejabat Twitter San Francisco ini telah diilhamkan daripada kerja sama IA Interior Architects dan juga Lundberg Design.

Pejabat Twitter ini  merangkumi 2 aras berbeza daripada 11 aras sedia ada pada bangunan tersebut. Pejabat baru mereka ini, yang boleh dikatakan sebagai kampus bandaraya dibangunkan sepenuhnya untuk mendokong platform syarikat media sosial ini, yang mana terbina daripada nilai kreatif  dan juga nilai beroganisasi sosial.

Menyelusuri ruang dalaman pejabat ini, anda boleh melihat elemen elemen Twitter diselitkan secara tersirat dalam pilihan warna, fabrik dalaman dan juga beberapa motif yang terdapat pada perabot.

Dengan menggunakan khidmat artis artis pereka tempatan, Twitter telah menyertakan sekali beberapa kemudahan penting yang amat menarik sekali rekaannya untuk kegunaan kakitangan mereka seperti, studio yoga, ruang rehat, pantri, bilik persidangan, bilik bersenam, ruang istirehat modular dan yang paling mengujakan pula adalah, satu kafeteria terbuka yang berbumbungkan langit. Kafeteria berunsurkan taman ini berkeluasan setengah ekar dan ia digelar sebagai "commons" oleh para kakitangannya.
















SUMBER 1
SUMBER 2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

|