Selasa, 3 Disember 2013

REKA SEMULA - Antaramuka Pengguna Baru Aplikasi Whatsapp Platform iOS

Hari ini, seperti yang telah ditunggu tunggu oleh semua pengguna iOS 7. Aplikasi pesanan ringkas masa langsung Whatsapp telah melepaskan kemas kini antaramuka penggunanya yang baru. Rekaan lama yang berkonsepkan skeumorf telah 100% ditukarkan kepada rekaan baru yang lebih ringkas, rata dan minimal.


Dinaik taraf kepada versi 2.11.5, Whatsapp yang baru ini mempunyai fungsi baru iaitu fungsi penyiaran massa, di mana anda boleh menghantar pesanan teks secara pukal kepada rakan rakan anda dengan sekali harung pada satu satu masa - rakan rakan sekerja, ahli keluarga ataupun rakan sekelas.


Selain daripada itu, kemas kini ini juga memberikan sokongan peta 3D kepada fungsi perkongsian lokasi yang membolehkan anda untuk melakukan perkongsian lokasi yang lebih efektif dengan rakan anda. Anda juga diberi pilihan untuk memilih bunyi deringan pesanan yang baru menggantikan bunyi pesanan sedia ada yang telah lama terpakai.


Disamping kemasan antaramuka pengguna yang baru, selepas ini, proses perkongsian gambar akan mejadi lebih mudah tanpa memerlukan anda bertukar tukar aplikasi dalam satu satu masa kerana, Whatsapp yang baru ini mempunyai fungsi potong (crop) gambar terbina dalam.

Walaupun kemas kini antaramuka Whatsapp ini sedikit berbeza dengan konsep konsep yang pernah Rekareka pertontonkan sebelum ini, ternyata kini lengkaplah semua aplikasi wajib iOS (Facebook, Instagram, Twitter dan Whatsapp) telah pun beralih arah sepenuhnya daripada rekaan skeumorf kepada rekaan rata dan minimal.


2 ulasan:

  1. Laju keluar artikel ni... saya baru je update Whatsapp hari ni

    BalasPadam
  2. Cutenya la aku kat dalam screencapture tu. Haha.

    BalasPadam

|